Jumaat, 26 Ogos 2016

Dah selesai cara baik. Lan Pet Pet dah bayar kompaun.

Subang Jaya: Tindakan mengunci tayar kenderaan milik pelakon dan pelawak, Mazlan Ahmad atau terkenal dengan panggilan Lan Pet Pet mengikut lunas undang-undang.

Image result for lan pet pet

Pegawai Komunikasi korporat Majlis Perbandaran Subang Jaya (MPSJ), Mohammad Azli Miswan ketika dihubungi mengesahkan kejadian terbabit berlaku di USJ 10, di sini, semalam.

Katanya, siasatan lanjut sudah dilakukan terhadap video yang menjadi viral di laman sosial terbabit.

Katanya, dua anggota penguat kuasanya hanya menjalankan tugas mengikut garis panduan ditetapkan.

"Dalam hal ini, anggota terbabit hanya menjalankan tugas mereka dan semua pihak perlu mematuhi serta mengikut undang-undang ditetapkan.

"Pacuan empat roda Toyota Hilux milik Lan Pet Pet didapati menghalang laluan kenderaan lain di kawasan yang terdapat banyak bank itu.

"Perkara terbabit juga sudah diselesaikan dengan baik selepas Lan Pet Pet mengakui kesalahan dilakukan dan membayar kompaun saman, semalam," katanya ketika dihubungi hari ini.

Menerusi video berdurasi 1.05 minit tersebar di media sosial sejak semalam, Lan Pet Pet dilihat mengamuk dan memarahi anggota MPSJ kerana mengunci tayar kenderaannnya.

Tiada ulasan:
Write ulasan