'Buruh Bangladesh Itu Rupa²nya Ahli Farmasi...'

Seorang doktor dari Johor Baharu berkongsi pengalaman uniknya apabila didatangi pesakit, seorang pekerja buruh binaan warga asing yang mahir dengan terma perubatan. 

Dr Goh Aik Ping melalui laman Facebooknya menyatakan betapa terkejutnya beliau apabila berdepan dengan seorang lelaki asing berpakaian lusuh dengan kasut tapak binaan berwarna kuning ala-ala Phua Chu Kang dan mukanya yang kotor tetapi mengenalpasti rawatan untuk masalah kesihatannya selain nama ubat-ubatan menggunakan terma perubatan. 


"Pesakit Bangladesh itu mengadu yang dia cirit-birit dan mengesyaki dirinya menghidap 'disentri', satu istilah perubatan untuk jangkitan usus. Saya terkejut dan berhenti merawatnya seketika. Kemudian saya bertanya bagaimana dia tahu istilah itu? Tetapi dia mendiamkan diri," katanya. 

Selepas memerika pesakit itu, Dr Goh menerangkan bahawa keradangan dalam perutnya, gastroenteritis sebagai punca cirit-biritnya. Belum sempat beliau menerangkan preskripsinya, pesakit Bangladesh itu bertanya jika beliau mempunyai ubat seperti ciprofloxacin, metronidazole dan Azithromycin, nama-nama ubat-ubatan yang komplekas, yang hanya digunakan oleh doktor atau pakar perubatan sahaja. 

"Saya tertanya-tanya, bagaimana lelaki ini boleh mengetahui nama ubat-ubatan, malah sebutannya juga sangat tepat." tulisnya. 

Enggan terus berteka-teki, Dr Goh berjaya mengupas identiti sebenar buruh binaan Bangladesh itu yang sebenarnya adalah seorang ahli farmasi dan memiliki farmasinya sendiri di Bangladesh. 

"Saya belajar farmasi dan adik saya pula doktor. Saya mengambil keputusan untuk meninggalkan negara ekoran ketidakstabilan politik. Setelah segalanya pulih, saya akan kembali ke Bangladesh," katanya kepada Dr. Goh. 

"Saya berasa sedih untuk dia. Dia meninggalkan bangsa dan kerjayanya untuk datang ke bumi ini sebagai seorang pekerja binaan, sanggup bekerja keras di bawah cahaya matahari terik, menanggung persekitaran yang bertentangan dengan budayanya. Semuanya kerana kehidupan domestik di sini lebih baik. 

"Saya tidak dapat membantunya, hanya sekadar mengeluh sahaja," katanya. 

Doktor itu juga mempersoalkan nasib rakyat Malaysia sekiranya Malaysia berdepan dengan situasi ketidakstabilan politik. Apakah rakyat Malaysia akan merantau ke negara yang lebih maju dan menjadi kuli/buruh di negara orang tetapi menikmati hidup yang jauh lebih baik dari negara sendiri. 

0 comment... add one now