Berhenti Kerja , Nak Business and Jaga Anak Kat Rumah

Hi

Berniat nak berhenti kerja, nak buat business dari rumah sambil jaga anak dan adik yang bakal lahir . 'Senang boleh jaga anak, boleh business juga"

Anak kecik . Telan telan air liur masa dengar orang perkataan 'senang' tu. hahaha. Nak kerja dari rumah or business from home boleh and best je. Lebih flexible sebab takde specific working hours then anak depan mata. Tapi selalunya benda yang syok ni ada liku liku kehidupan . Macam kulit ayam kfc yang rangup tu. selalu simpan bahagian kulit KFC tepi pinggan untuk dinikmati paling last sekali . Sedap tu iye lerr tapi tu la  raja segala kolestrol weheee.sedap tapi hadap la risiko penyakit jantung. mehhhh

Begini liku liku nyaa..

Satu. Tiada 9 to 5. Kiranya dah berikrar nak kerja dari rumah sambil jaga anak. Maksudnya anak priority . Anak bangun pukul 8, lepas tu amik mood nak bangun saja 30 minit. Lepas tu bawak berunding untuk mandikan. Sikat rambut kejar2 dah 5 minit. Padahal dah pukul 9, bila nak punch card masuk kerja nih ! Pastu nak diorang settle down, sampai kul 11 dah nak siapkan makan dah. Bila nak buat kerja. Lagi2 kalau ada anak kecik memang mencabar sebab anak kecik ni stage nak meleset dengan mak dia je. Kalau yang breastfeeding lagi la sayonara kerja. Kena focus anak. Kalau yang kerja kat office, by 6 dah kena kejut anak hantar kat pengasuh kul 7 gitu, lagi awal tapi pastu duk office siapkan kerja. Kalau kat rumah anak bangun lambat pulok. 

Kalau ada anak kecik, nak pee pee poo poo kita terpaksa tahan. Apalagi nak duduk statik beberapa jam untuk focus kerja. Kalau kerja office, sedih nak tinggalkan anak kat pengasuh tapi ada 9 to 5 untuk focus kerja. Kalau kerja dari rumah sambil jaga anak xde working hour. 

Bilanya nak selit untuk ruang menyiapkan kerja ?

Kebanyakan yang working / business from home with toddlers mesti last2 buat kerja malam.  Malam pun dah rasa lunyai sebab penat sangat mesti tertidur. Acah2 set alarm nak bangun kul 3 pagi buat kerja pastu terbabas sampai pagi tu dah biasa dah. Last2 kerja tak buat pun. 



Dua. Work station merata2 tempat. Baby ni walaupun kontot tapi seriously diorang pandai. diorang tahu mak diorang ada dalam rumah. Dulu i macam setup office kat tingkat atas, acah macam nak  office hour la dari pukul 12 sampai 3pm, lepas suap diorang ni lunch. Tapi diorang dah menjerit2 mengamuk dah panggil i suruh turun. T_T . Nak buat kerja pun tak tenang dah dengar anak melalak buat konsert Metallica kat bawah. 

Kalau diorang mood elok, asal i depan mata je dah ok. So ngadap lah i buat kerja di sebalik gate tangga while diorang main2 kat bawah tangga tapi mata jap2 jeling i. 


Terpaksa la bertapak kat tangga. Nak cek online bank je punn then send statement kat staff untuk uruskan order.  Seriously ramai orang edit2 resit akaun, so memang hari2 la i bagi statement ni sebelum depa bungkus. Pasni akan buat website je so duit smua masuk straight , report terus bungkus easier for staff. Kadang nak buat kerja blog pun x sempat. Dah x boleh handle wassap beratus2 wassap sehari , lambat sian customer tunggu turn untuk dibalas. Pasni kita ada website dah okehh ! haipp terserong cerita Luminous pulak. hehhh

so yeah, ready untuk kerja merata2. Dekat dapur, dekat ceruk2..mana2 jela asal boleh buat kerja sikit2 lama2 jadi bukit. 


Tiga . 1000 benda nak kena buat sekali. Contoh, nak buat kerja. Baru 10 minit duduk nak tengok report, tengok report stok, balas email supplier....tiba2 dah datang kenit2 ni nak tu nak ni. Dah tu xkan boleh ignore ? Serious tak boleh. Once ure a mom, hati mesti cepat cair. Tak yah masuk microwave, tengok muka diorang je dah cair. I now ada maid yang balik hari, maid pun kadang x leh nak nolong dahh. Kalau time diorang nak mak dia, nak jugak. Nak duduk sebelah. 


Ni tengah buat kerja, Noah nak amik mouse. 



Empat. I am a bad mother. Kerja dari rumah ni tak consistent. Ada hari boleh buat kerja dengan smooth, ada hari memang down. Sebab semuanya depends on perangai anak. Kalau diorang ok, boleh duduk main2 sambil tengok u kerja ok la. Kalau time nak duduk meriba tu memang 24 jam la x leh buat apa. Kalau time ada kerja penting sampai terpkasa ignore anak, time tu lah berbelah bgi perasaan. Memang rasa i am a bad mother sangat. Contoh my situation tengah video call dengan supplier dari Australia, tiba2 datang pulak kenit2 ni nak tengok sekali. Memang meriah la video call tu dengan bunyi ngamuk semua. T_T . Tanjat mat saleh tu haha. Tapi i terpaksa la tinggalkan kenit2 ni nangis and beralih kat bilik lain. 


Bila malam mulalah sedih tengok muka diorang tidur , serba salah nya time anak nak dapat perhatian aku x dapat tunaikan pagi tadi. Kalau kerja office hour, benda tu routine. Setiap hari tinggalkan anak, anak pun dah boleh faham. Ok kejap lagi petang mak aku amik lah aku. Kalau kerja dari rumah, diorang tahu mak diorang ada so nak jugak mak duk lepak main sekali. Actually it is normal and tak kejam pun seorang ibu untuk bekerja sama2 cari nafkah tapi kerja dari rumah ni anak expect nak berdepek je. kita sebagai mak pulak yang dibelenggu perasaan serba salah lagi2 time diorang nagmuk nak dukung but i cannot ok sebab tengah ada kerja. 


Lima. Tiada confirm gaji. Lagi2 kalau baru nak setup business tapi business belum kukuh. I mean for business yang baru nak mula. Kalau gaji husband saja memang dah cukup untuk tampung seluruh belanja rumah then ok. Sebab kalau jadi apa2, tak cuak sangat cash flow.  Tapi kalau sama2 cari cari duit untuk pay bill kongsi2....yang tu risiko sikit. Contoh kalau time korang kerja gaji RM2500, kerja office memang stress tapi confirm ke tak korang dapat RM2500 tu setiap bulan. Business , tak tentu dapat ke x sama dengan gaji. Kalau x dapat , tu yang bakal ganggu cash flow tu yang stress tu. 

Enam. Expectation orang luar kat mother yang kerja rumah ni 'senangnya' , 'best lah' boleh golek dengan anak. Bab ni penting, husband kena beri kerjasama. Working from home means bekerja seperti orang di office juga. So xde istilah nak pertikaikan kenapa kerja rumah x siap and all. Kena sama2 bantu. Wahh gituuu. 

Tujuh. 'Satu' environment sepanjang hari. Lain mood kita bila lalui environment yang berbeza. Contoh , kalau ada hari i pergi event so dari pagi keluar, so environment lain. BErjumpa dengan orang, then i pakai makeup cantik2..so bila balik rumah tu mood lain pulak. Time pergi event , suasana lain mood pun lain. Lain kerja dari rumah ni, dari pagi sampai malam ngadap anak kadang merengek kadang happy, suasana sama dari pagi sampai malam. KAdang stress, sampai i pergi keluar jap tarik nafas. hahaa 





So itu lah so far pengalaman i sendiri business sambil jaga anak. Now dah ada staff, so i tak teruk la. Just i kena check report and statement jela. Kalau masa nak mula dulu tu takde staff and nak tengok sales mantain setahun tak drop then only i decide untuk hire staff. Sekarang dah yabedabeduuuuu. 

Kalau nak full time business dari rumah with toddlers..mula2 tough la nanti dah biasa akan ok. Then dah stable capai target sales..hire a staff. Kalau barunak berjinak better part time business but at the same time kerja fulltime. Jangan resign dulu. 

SUMBER


0 comment... add one now