Isnin, 29 Ogos 2016

"Berdebar Urus Persiapan Kahwin Berbading Akad Nikah" - Saharul Ridzwan

MELAKA: Pelakon Saharul Ridzwan berkata, debaran untuk memastikan majlis perkahwinannya bersama pengusaha butik pakaian muslimah, Deena Emir Mohamed Akif Emir, 28, berjalan lancar dan sempurna melebihi debaran menghadapi majlis akad nikahnya pada 16 Sepetember depan.



Saharul, 27,  berkata, biarpun persiapan hari bersejarahnya itu sudak hampir 90 peratus disempurnakan, namun ia tidak bermakna dia boleh berasa selesa sebaliknya  membuatkan dirinya tidak boleh tidur lena memikirkan perkara tersebut.

“Ini bukan perkara main-main dan tidak keterlaluan untuk saya katakan, debarannya melebihi dari memikirkan untuk majlis akad nikah.

“InsyaAllah, saya merancang untuk adakan dua buah majlis di mana untuk majlis perkahwinan yang akan dilangsungkan Dewan Sri Siantan, Presint 3, Putrjaya akan dihadiri oleh kaum keluarga dan sahabat terdekat, manakala sebuah lagi majlis saya adakan khas untuk peminat dan rakan media di sebuah lokasi yang akan saya umumkan kelak,” katanya kepada mStar Online.

Saharul ditemui di majlis pengumumannya sebagai Duta Tonton  VIP bersama pelakon Mia Ahmad di Desa Balqis Beach Resort, Melaka, Sabtu lalu.

Dalam perkembangan sama, Saharul menegaskan dia tidak sesekali akan meninggalkan lapangan lakonan seandainya berstatus suami kelak kerana dunia lakonan dianggap sudah sebati dengan dirinya.

“Berhenti berlakon itu tidak kerana ia menjadi keghairahan saya namun saya mempunyai perancangan untuk lebih aktif dalam lapangan perniagaan selepas ini seperti mengusahakan perniagaan berkonsepkan pemakanan atau protein, namun semuanya itu masih dalam perancangan,”  katanya.

Tiada ulasan:
Write ulasan