Berbakti Kepada Keluarga Atau Kahwin Muda? – Gadis Ini Luah Dilema Ditanggung Anak Sulung

Pada masyarakat Melayu hari ini, berkahwin pada usia muda bukanlah perkara baru dan asing lagi. Ada yang memilih berkahwin sejurus saja tamat pengajian, malah ada juga yang berkahwin ketika masih lagi menuntut di universiti.

Perkara ini dilihat sebagai satu trend dan ikutan buat generasi muda pada masa kini. Namun, kalau asyik bercakap mengenai kahwin muda je pun boleh naik muak juga. Macam yang dikongsi gadis ini, rasa tanggungjawab mahu membalas jasa ibu bapa melebihi keinginan untuk berkahwin. Inilah baru betul!

Tension dengan yang tak sabar nak kahwin muda, takde ke keinginan nak berbakti kepada family?

Aku anak sulung dari lima adik beradik. Dan aku anak perempuan. Hangpa yang anak sulung perempuan maybe dapat rasai apa yang aku rasai selama ini. Hidup sebagai anak sulung, bebanan dan pemikiran kita berbeza, aku dilatih untuk jadi tegas, untuk jadi ‘garang’ and worse aku tak pandai pujuk orang. Huhu. Aku hidup sentiasa dikelilingi anak-anak tengah, bongsu dan sebagainya. Memang kalau ikut psikologi anak sulung nie dia suka ‘mengawal’ dia tak pandai sangat express his/her love through words and affections. Tapi kalau hangpa perasan kasih sayang dia sering melalui cara yang tersirat.
Contohnya, kalau aku dengan kawan-kawan aku tengah confess or sedang berhadapan dengan masalah, anak sulung seems to think how to solve the problem instead of keep pujuk, layan perasaan member dia tu.  Entahlah ni kalau aku lah, kalau ada yang mintak tolong aku akan usahakan sampai aku bawa member aku tu ke arah penyelesaian, even bukan aku lah problem solver nya. Tapi kalau member aku yang tengah or bongsu, depa seem untuk pujuk dan belai member yang tengah sobsob tu. Hangpa dapat tak point aku? Haha. Rasa berbelit pulak.
Pastu pasai isu kahwin muda, aku kekadang tension dengan member-member aku yang jenis tak sabaq nak kahwin muda, aku bukan nak melabel, tapi benda yang aku perasan member-member aku ni kebanyakannya bukan anak sulung, aku tak salahkan depa, setiap orang ada keinginan memasing kan. Aku pun ada keinginan nak kahwin muda, tapi entahlah aku bila-bila sembang dengan geng anak sulung, apa aku perasan adalah mostly anak sulung akan pikir nak grad dulu, kerja dulu and give back pada parents. Nak bantu tanggung kos belajaq adik-adik, nak hantar parents p umrah/haji, bantu settle hutang parents. Kekadang aku takleh brain depa ni, member-member aku ni, takde ke keinginan macam seorang anak sulung pikirkan untuk family dia?

Sebagai anak sulung banyak benda nak kena capai, mahu ibu bapa bersenang lenang di hari tua

Aku dapat rasakan if aku kahwin awal , aku akan menghancurkan harapan mak ayah aku untuk aku bantu senangkan depa. Entahlah aku bukan nak bajet macam anak sulung ni baguih sgt, tapi aku geram jugak, ye lah kita ni si anak sulung banyak kot benda nak kena capai before settle down untuk kahwin, even benda yang nak dicapai tu hakikatnya bukan untuk diri sendiri pon, keinginan semata-mata untuk at least sebelum ‘ditinggalkan’ keluarga terchentanya tu untuk melangkah ke alam baru, family dia ‘sempurna’ dan bahagia, bebas hutang, adik-adik terjaga pelajaran dan akhlaknya, ibu bapa at least dah boleh bersenang lenang di hari tua, bersedia untuk haji/umrah etc. Hangpa yang family loaded maybe lah tak terasa apa yang kami family marhaen ni rasakan. Kekadang aku rasa nak menangis, bila tengok mak ayah aku cerita tentang masalah income tax, hutang rumah, kereta etc.
Aku rasa tak sampai hati nak tinggalkan family aku and p kahwin muda. Yes, aku pun ada keinginan nak ada pasangan/couple (aku sedapkan hari, benda tau haram, jangan dok buat) tapi bila bab kahwin muda (benda halal kot, kuatkan hati sabar). Apa yang aku mampu buat, sentiasa berdoa moga aku dikurniakan jodoh terbaik pada waktu terbaik dgn cara yang terbaik, dan sangat berharap suami aku seorang yang menghargai family aku.
Aku ada satu lagi masalah bila aku jadi agak ‘takut’ dengan komitmen perkahwinan, berdasarkan rumah tangga mak pak menakan aku, yang bercerai berai, ipar duai selalu mengumpat belakang, setiap kali balik raya mesti bergaduh, nak melawat family memasing pon nak berkira, aku kekadang jeles dgn member-member aku yang akrab dengan cousins depa, aku ni dah lah jenis kena berdamping lama-lama baru jenis boleh kamcheng, kalau jumpa sat2 ni, memang krik krik. Pastu dengan nak berziarah pon ‘dihadkan’. Aku rasa bertanggungjawab kena betulkan semua ni, sebelum aku melangkah membina masjid. Haha, kekadang aku rasa tension nak je luah and share story dengan orang lain, tapi aku kesian nak bukak aib family sendiri. Hasilnya, semua benda aku simpan sendiri. Aku rasa kalau aku terus menerus pikir untuk orang  lain, alamatnya bila lah aku nak kahwin kan? HAHA.

Siapa yang suka buka topik kahwin muda ni, please stop dan belajar fikir di luar kotak

Terlalu banyak benda menghalang aku nak pikir tentang kahwin muda ni, sampai kekadang kalau member aku discuss pasal ni, aku malas nak ambik port, sebab hasilnya semua akan menyebelahi kahwin muda, dan takde pon sapa yang pikir pasal semua masalah yang aku pikir ni. Arghh!
Aku harap sangat hangpa yang suka bukak topic kahwin muda ni, please stop and belajar berfikir luar kotak. (surrounding aku ceni maybe sebab aku dok dalam kalangan pelajar institusi agama)
Dan even ada ja jejaka2 yang datang confess kat aku nak ajak kahwin bagai, aku rasa nak marah je depa, bila pikir pasal semua ni, aku ni dah la tak reti tolak permintaan orang, aku rasa geram sebab susah nak bagi depa paham apa masalah dan gelodak hati aku ni. Padahai depa tak salah pon, even kekadang aku rasa bersalah nak reject sebab depa semua baguih2. Last2 aku kata kalau ada jodoh lagi, datanglah jumpa parents aku lepas aku grad. Aku malaih nak layan nanti aku hanyut, dan aku tak dapat tunaikan apa yang aku nak capai untuk family aku, diri aku sendiri. Huhu.
Dan aku tau sebaik-baik tempat mengadu adalah kepada Allah. Dan Dia ah yang paling memahami aku. Kalau hangpa ada nasihat or kata-kata yang boleh bukak minda aku pasal kahwin muda ni, please do share. Dan serius sorry kalau hangpa rasa apa aku tulis ni buang masa hangpa ja. Sorry :(
– Kakak yang pening
sumber: iiumc

0 comment... add one now