Isnin, 1 Ogos 2016

Begini Rasanya Menjaga Anak Ekzema Yang Anda Patut Tahu

Pantang mama gerak sikit, merengek. Terpaksalah mendukungnya ke hulu ke hilir. Apapun syukur alhamdulillah ini di kira cukup baik berbanding sebelum ini. Sekurang-kurangnya dia tidak menggaru sambil menangis.

Dulu sambil nangis tu dia garu satu badan. Tak senang hati nak tinggalkan walau SESAAT. Adakala emergency nak ke bilik air terpaksa tinggal kejap, kena pecut selaju mungkin.
Pergi bilik air itu pun bila sudah tidak tertanggung menahan berjam-jam. Balik dari bilik air tercungap-cungap sambil periksa badan Durrah kalau-kalau ada yang terluka.
Saya pernah suarakan dengan suami apakah lebih baik jika saya pakai lampin pakai buang orang dewasa untuk kurangkan pergerakan saya ke bilik air.

Betapa ianya cukup perit. Ke mana pun saya pergi saya perlu dukung Durrah. Hanya ketika mandi saya tak boleh mandi sambil dukung Durrah.
Peluang untuk mandi perlu di ambil sebaik mungkin sebelum solat Subuh dan sebelum Solat Maghrib. Masa ini bantuan suami amat di perlukan untuk menjaga Durrah sebentar.
Sebelum tinggalkan Durrah tu kadang saya akan warning suami supaya jangan sesekali terlelap, risau suami tak perasan Durrah menggaru sampai berdarah.
Ampun bang. Kena warning bagai. Waktu nak mandikan Durrah juga amat perlukan bantuan suami untuk kawal kaki tangan nya dan saya mandikan dia.
Mandi asal cukup syarat untuk bersihkan badannya. Memang meraunglah setiap kali mandi tu dan pasti akan ada cebisan kulit-kulit Durrah yang tertinggal di tab mandiannya setiap kali selepas mandikannya.

Nak makan minum pun sambil dakap Durrah, sambil baring dan di suap suami pun pernah sebab tak nak Durrah terjaga kalau saya bangun.

Saya rasa agak terguris jika ada yang memperlekehkan penyakit ekzema ini. Alhamdulillah kini Durrah sudah beransur pulih.
Kadang tengah mandikan dan pakaikan baju Durrah tu suami kata pada saya tak sangka kulit anak kita dah pulih. Kuasa Allah taala kan. Setahun perjuangan kami merawat anak secara alami.
Nikmat sungguh rasanya setiap kali melihat dirinya tersenyum ceria, bermain dan bergelak tawa.
Mohon doakan Durrah sembuh sepenuhnya dan dapat berjalan tak lama lagi. Durrah mula merangkak di usianya setahun dua bulan sebab masa tu kaki tangan nya mula pulih. Durrah kini nak masuk setahun tujuh bulan.
Buat anakku Durrah, semoga suatu masa nanti kamu baca post ini agar kamu tahu,mama sayang kamu sepenuh hati mama. Sungguh.
Ditulis Oleh: Ros Alik 

Tiada ulasan:
Write ulasan