Jumaat, 26 Ogos 2016

Bangi Wonderland Bakal Di Buka : Harga Tiket Dewasa RM58, Kanak2 RM48


SEMENYIH 26 Ogos – Taman tema air dan resort, Bangi Wonderland yang bakal menjadi tarikan baharu terutama bagi penduduk Semenyih dan Bangi akan dibuka kepada orang ramai mulai esok. Pengurus Besar Wonderland (Bangi) Theme Park Sdn. Bhd., Steven Chang berkata, taman tema itu dibina sejak dua tahun lalu di kawasan seluas 4.86 hektar berdekatan Bandar Seri Putra, Bangi.

Kami menyasarkan seramai 5,000 pengunjung selama dua hari bermula pembukaan secara rasmi esok. Sejumlah 16 jenis permainan berasaskan air disediakan kepada pengunjung, antaranya Water Cannon, Magic Funnel, Boomeriang, Kids Adventure dan Wonder Loop. katanya.

Beliau berkata demikian kepada Utusan Malaysia semasa lawatan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Semenyih, Datuk Johan Abd. Aziz di sini hari ini. Harga tiket yang ditetapkan ialah RM48 bagi kanak-kanak dengan ketinggian di bawah 130 sentimeter dan RM58 untuk dewasa, manakala kanak-kanak ketinggian di bawah 90 sentimeter adalah percuma manakala diskaun sebanyak 50 peratus untuk golongan orang kurang upaya (OKU) dan warga emas berusia 60 tahun ke atas. –
Sumber: Cari




Tiada ulasan:
Write ulasan