Rabu, 24 Ogos 2016

Bahagian sulit anak Ifa Raziah terkena Testicular Torsion, Risau Anak Mandul

KUALA LUMPUR: Gara-gara lupa memakai seluar dalam, bahagian sulit anak kepada penyanyi Ifa Raziah, Muhammad Shakir Aqili Mohd Yani, 11, cedera ketika bermain badminton Sabtu lalu. Ifa berkata, pada mulanya beliau tidak berasakan kecederaan itu terlalu serius, justeru hanya membawa anaknya ke klinik.



Bagaimanapun bahagian berkenaan terus membengkak dan sakit sehingga kanak-kanak lelaki berkenaan terus dibawa ke Hospital Pakar KPJ Tawakkal dekat sini.

 "Doktor mengesahkan Aqili terkena jangkitan Testicular Torsion. Tak sangka pula ia kecederaan yang serius.

"Rupa-rupanya doktor memberitahu, kanak-kanak lelaki terutamanya tidak boleh bersukan tanpa memakai seluar dalam kerana ia boleh mengganggu bahagian sulit mereka," katanya ketika dihubungi BH Online pagi tadi.

Testicular Torsion berlaku apabila buah zakar dan salur sperma terpulas atau 'twisted'. Berikutan buah zakar terpulas, ia mengakibatkan perjalanan darah ke dalam buah zakar tergendala atau terputus, menyebabkan bahagian itu membengkak dan meradang, yang memerlukan bantuan kecemasan perubatan.

Sementara itu, Ifa berkata, beliau lega apabila doktor memberitahu penyakit anaknya itu masih boleh diubati dan akan pulih seperti biasa.

"Risau juga kalau dia mandul. Maklumlah, dialah satu-satunya anak lelaki yang saya ada dan ia juga berkaitan dengan masa depannya.

"Apa-apapun saya lega apabila diberitahu Aqili akan pulih seperti biasa. Cuma selepas ini saya akan lebih berhati-hati dan sentiasa mengingatkan dia untuk menjaga diri," tuturnya.

Tiada ulasan:
Write ulasan