Khamis, 25 Ogos 2016

Bagai Bela Biawak Hidup! – Isteri Mula Kurang Hormat & Jalin Cinta Dengan Bekas Kekasih Gara-Gara…

Mengekalkan keharmonian rumahtangga bukannya mudah. Hidup berpasangan memerlukan sokongan, toleransi dan kesabaran dalam menempuhi cabaran hidup. Lumrah kehidupan ada masanya jatuh dan saat inilah masing-masing memainkan peranan. 

Sedih kami dengar kisah yang dikongsi ini, isteri menjauhkan diri malah mula kurang hormat semenjak suami diberhentikan kerja. Dituduhnya pula bagai membela biawak hidup. Tak cukup dengan itu mula contact ex-boyfriendnya semula. Sungguh tak disangka!

Bila saya diberhentikan, isteri mula menjauh

Hari ini Allah uji saya. Saya ‘down’, swing, rasa tak waras, despression, anxiety, and so on. Saya rasa masalah saya sangat besar. Saya ke Balai Polis Gombak nak buat Laporan Polis. Sampai di balai polis, saya tengok ramai orang tengah tunggu giliran nak buat report haha! So saya pun cakap dalam hati: “Okey. Bukan saya seorang je yang ada masalah, tapi ramai lagi.”
So that, saya cakap dalam hati, esoklah saya buat report polis. Then saya panggil#UBER untuk pickup saya depan balai polis untuk pulang ke rumah.
UBER datang dengan kereta Pesona. Saya buka pintu, saya minta izin untuk duduk di seat belakang. Dia okey, senyum, bagi salam.
“Awak polis ke?” Tanya dia.
“Eh tak.” Jawab saya.
So kami perkenalkan diri sikit-sikit.
“Saya dah 4 bulan kerja full time UBER. Macam inilah hidup saya. Saya menumpang di rumah adik saya di Setapak.” katanya.
“Oh takpe. UBER ni pun sumber rezeki jugak.” Saya cakap.
“Dulu saya bekerja. Then saya diberhentikan.” Katanya. Dia senyum.
“Kerja mana?” Saya tanya.
Dia terus pandang saya di seat belakang. Dia tersenyum.
“Awak rasa?” Dia main teka-teka plak?
“Bank?” Saya teka. Dia senyum pandang saya.
“Saya bekas pekerja MAS Airlines selama 13 tahun. Kami diberhentikan kerja oleh MAS sebab MAS ada problem hari tu. Dengan masalah kewangan, reputasi. Ramai dari kami yang kena buang kerja.” jelasnya.
Dia cerita kerja dia di MAS AIRLINES dulu tapi saya lupa. Dia cerita kerja dia memastikan kapal tu wajib dalam keadaan yang baik dan selamat sebelum berlepas, pastikan minyak, enjin semua… Saya dengar jelah.
“Bila saya diberhentikan, isteri saya mula menjauh. Sepatutnya bila suami dalam keadaan yang macam ni lah… isteri perlu berada disisi suami. Isterilah yang patut jadi pendorong suami. Kuatkan suami, bantu suami…” luahnya. Saya faham. Terdiam sekejap saya.

Dia kata dia tanggung saya macam ‘bela biawak hidup’

“Sejak saya diberhentikan kerja oleh MAS, isteri saya macam kurang hormat dengan saya. Dia bercerita keburukan saya pada EX-BOYFRIEND dia. Dia contact balik dengan EX-BOYFRIEND dia…”
Allah! Kes dia sama dengan kes saya. Orang yang kita sayang contact balik dengan BEKAS KEKASIH, bercerita tentang aib kita pada EX dia. Air mata saya dah bertakung. Seolah-olah saya sedang mendengar kisah saya sendiri. Demi Allah, hati sakit.
“Isteri saya bawa kes kami ke mahkamah. Depan Hakim dia kata dia tanggung saya macam ‘bela biawak hidup’. Hakim pun terperanjat. Dua kali Hakim ulang ‘bela biawak hidup’ then Hakim pandang saya seolah-olah Hakim nak beritahu kalau dah isteri sendiri cakap macam tu pada suami, kenapa saya still nakkan isteri saya lagi? Isteri apa macam tu?” luahnya. Allahuakbar.
“…dan dalam diam, isteri saya pergi ke luar negara tanpa pengetahuan saya.” katanya.
(Sekali lagi sama dengan kes saya, bila lelaki yang saya kenal tu lari ke Victoria, Melbourne, Australia)
“Saya ini masih suami dia sampai sekarang tapi dia dah start keluar rumah tanpa pengetahuan saya, famili mertua pun tak suka saya sejak saya diberhentikan kerja, isteri saya pun dah kembali balik dengan EX-BOYFRIEND dia, walhal saya ini suami dia lagi.” luahnya lagi. Allah… Saya tahu dia sedih. Makan dalam. Hati koyak, jahanam.
Sesungguhnya kesetiaan seorang ISTERI itu diuji bila SUAMI tak punya apa-apa dan kesetiaan SUAMI itu diuji disaat SUAMI itu punya segalanya.
“Saya pun dah jumpa isteri ex-boyfriend isteri saya tu. Isteri ex-boyfriend saya tu cakap, suami dia jarang-jarang balik rumah. Pernah sekali masa birthday suami dia, dia ingat nak celebrate birthday suami dia tapi suami dia cepat-cepat nak keluar rumah, katanya nak jumpa kawan. Keesokkan harinya baru suami dia balik. Then awak tahu apa isteri dia jumpa dalam bonet kereta suami dia? Dia jumpa pakaian perempuan, pakaian dalam, pakaian kanak-kanak dalam bonet kereta. Bila dia tanya suami dia pakaian siapa? Suami dia jawab pakaian passenger tertinggal sebab suami dia tu pun bawa grab car, uber macam tu. Tak mustahil itu pakaian isteri dan anak-anak saya.” luahnya. ALLAH. Menitis air mata saya diserap niqab.
“Mungkin isteri saya dengan lelaki itu bawa anak-anak saya. Bila orang lain tengok, mesti orang ingat mereka suami isteri dan anak-anak…” luahnya lagi. Allah… Sejujurnya saya tak kuat jadi lelaki macam dia.

Saya tak jaga hubungan saya dengan Mak, banyak ikut cakap isteri

“Allah uji awak. Awak redha?” Saya tanya.
“Saya redha.” Jawabnya.
“Lepas ni awak jaga hubungan awak dengan Allah. Jaga hubungan awak dengan ibu awak.” Saya nasihatkan dia.
“Itulah. Mungkin sebab selama ni saya tak jaga hubungan saya dengan Mak saya. Isteri saya hanya berkahwin dengan diri saya saja. Sejak berkahwin, saya banyak ikut cakap isteri. Jarang-jarang jumpa Mak saya.” luahnya. Saya jadi sakit hati.
“Lepas ni kalau awak kenal mana-mana perempuan, awak jangan ikut sangat cakap perempuan, walaupun perempuan itu isteri awak. Dalam Islam, ISTERI sepatutnya ingatkan suami tentang ibu si suami. ISTERI wajib ingatkan suami tanyakan khabar ibu si suami, ISTERI kena ingatkan suami bagi duit pada ibu si suami, beri pertolongan pada ibu si suami, jenguk, jumpa dan ajak suami melawat ibu si suami. Itu antara tanggungjawab isteri pada suami. Ingatkan suami tentang ibunya, bukannya suruh suami lupakan ibu dia.” jelas saya panjang lebar. Dia angguk, diam dengar saya cakap. Saya tahu dia sedang berfikir.
“Terima kasih sebab sudi dengar…” Akhirinya.
Kita ini manusia, tak pernah lari dari masalah. Allah uji kita dengan orang-orang sekeliling kita. Kita rasa masalah kita berat, tapi rupanya ada orang lain yang punya masalah yang maha dahsyat. Allah sedang perlihatkan pada kita masalah ummah hari ini, dimana suami isteri boleh curang, yang belum bernikah pun boleh hidup macam suami isteri. Ini bukan drama TV, tapi ini REALITI yang semakin menjadi-jadi.
Laa hawla wala khuwwata illa billah.
ISTERI —
dikala suami mu dalam kesusahan, bantu dia, beri sokongan pada dia, cintai dia, sayangi dia, sentiasalah berada disisi suami tercinta. Ingatlah disaat-saat dia mengambilmu menjadi isterinya yang sah.
SUAMI —
engkau ketua keluarga, ketahuilah tanggungjawabmu sebagai suami, sebagai ketua keluarga. Utamakan ibumu. Jangan sombong dengan ibumu andai kalian punya isteri, jangan terlalu ikut cakap isteri, jangan tinggalkan ibumu lepas kalian bernikah. Jangan sesekali memutuskan hubungan dengan ibumu. Jenguk ibu selalu, tanya khabar ibu, datang jumpa ibu, beri pertongan pada ibu, hulurkan bantuan kewangan pada ibu. Jangan sombong dengan ibu. Jaga hubungan dengan Allah, jaga hubungan dengan ibu. Insya’Allah hidup kita bahagia dunia akhirat.
sumber: Sha Ramson Abdullah

Tiada ulasan:
Write ulasan