Khamis, 25 Ogos 2016

'Anaknya Sendiri Salah Seorang Yang melakukan Salahlaku Tersebut' - Pelajar Tahfiz Dakwa Jadi Mangsa Cabul

IPOH - Polis mengesahkan mereka telah menerima laporan mengenai dakwaan pencabulan seksual di sebuah maahad tahfiz yang dimiliki oleh Datuk Kazim Elias, lapor The Malay Mail Online.

Ketua Polis Negeri, Datuk Seri Abdul Rahim Hanafi berkata, polis telah mengambil keterangan dari 10 individu termasuk pelajar, pengadu dan pihak sekolah berkenaan.

Dalam laporan Astro Awani pula, Datuk Kazim Elias menafikan dakwaan itu dan siasatan dalaman yang dilakukan oleh pihaknya mendapati, tiada kejadiaan seumpama itu berlaku seperti yang didakwa. 

Menurut beliau, Maahad Tahfiz Darul Barakah miliknya itu dilengkapi dengan kamera litar tertutup (CCTV) di setiap kawasan dan peluang untuk berlaku kejadian seperti yang didakwa hampir tiada.

"Kita sendiri ada pemantau di kalangan pelajar yang kita pilih untuk melihat, memerhati. Respon daripada sekolah, tahfiz kita ini sejak 2006 hingga 2016 tiada kejadian seperti itu. Kemudian kalau ada para pelajar yang katakan ia berlaku, dibawa keluar (buktikan). Saya rasa tidak ada pelajar yang sebegitu melainkan mungkin ada orang tidak puas hati," katanya kepada Astro Awani

Status bertajuk "Insiden Maahad Tahfiz Neraka" yang dimuat naik oleh Syed Azmi pula menceritakan sebaliknya. 

Selepas berbincang dengan keluarga dan penjaga semua mangsa, kami akhirnya membuat keputusan untuk membuat laporan polis. Saya telah menulis semua kejadian dan para pelajar yang terlibat dalam aktiviti buli seksual ini dan diserahkan kepada pihak polis. 

Selepas penyerahan itu, saya dimaklumkan bahawa kes ini adalah tertakluk kepada jenayah sivil dan mereka mencadangkan ianya dipanjang kepada Jabatan Pelajaran dan Pejabat Agama Negeri untuk tindakan susulan. 

Laporan kes buli seksual itu dihantar ke D11. Saya agak terkejut apabila Inspektor di cawangan D11 menyatakan bahawa mereka sememangnya sedang menunggu laporan itu sejak dimaklumkan oleh Ibu Pejabat Bukit Aman tidak beberapa lama dulu. 

Hari berikutnya, kami pergi ke cawangan D11 untuk bertemu dengan Inspektor yang bertugas bagi merekod keterangan kami. Saya sebagai seorang reporter masuk terlebih dahulu bersama-sama dengan anak saya untuk mengesahkan insiden tersebut. 

Keterangan kami diambil selama 3 jam. Kami juga berbincang mengenai keperluan pemeriksaan oleh doktor dan telah menandatangani borang kebenaran sampel calitan rektum ke atas anak saya tetapi Inspektor berkenaan berkata tiada keperluan untuk itu kerana tiada kemasukan ke dalam rektum seperti yang diceritakan oleh anak saya. 

Kemudian, giliran anak saya ditemubual. Inspektor bertanyakan soalan yang sama dan dia mengesahkan semua yang dia tahu. Apabila Inspektor bertanya adakah dia marah dan sekiranya ya, dengan siapakah dia marah? Anak saya menyebut nama pengetuanya. Bila ditanya mengapa, anak saya jawab 

"Kerana kami menghormati dia sebagai Tuan guru dan anaknya sendiri salah seorang yang melakukan salahlaku tersebut. Setiap kali anaknya ereksi, dia akan mencari pelajar junior untuk melepaskan nafsunya," katanya. 

Pada ketika itu, air mata saya bergenangan. 

Inspektor itu bertanya lagi, apakah ada perkara yang dia mahukan kongsikan lagi. 

"Ya, terdapat satu kejadian di mana kami sedang bermain papan permainan dan papan permainan itu telah rosak. Saya dipersalahkan. Pemiliknya yang merupakan seorang pelajar senior meminta saya membayar RM20 sebagai gantirugi atau saya dipaksa untuk melakukan seks oral secara '69', atau saya akan dipukul.  


"Saya beritahu yang saya tidak mempunyai wang sebanyak itu. Oleh kerana takut dipukul dan tiada pilihan lain, maka terpaksalah membuat seks orang," dedahnya. 

Pada masa itu, saya tidak lagi mampu menahan sedih dan menangis di hadapan Inspektor berkenaan. 

Keesokkan hari, saya dimaklumkan bahawa pihak polis telah pergi ke Pusat Tahfiz tersebut dan mengambil keterangan daripada beberapa orang pelajar dan bercakap dengan pihak pengurusan. Mereka juga akan mengesan semula para pelajar yang telah meninggalkan pusat tahfiz itu untuk mendapatkan keterangan mereka. 

Setelah semua laporan dikumpul, barulah mereka akan memutuskan Akta yang mana akan digunakan untuk pendakwaan kelak. 

Saya telah pergi ke Jabatan Agama untuk memberikan salinan laporan. Ketua Penolong Pengarah Bahagian Pendidikan menyatakan mereka telah menerima emel dari Jabatan Kebajikan dan sekumpulan superintendan sekolah telah pergi ke pusat tahfiz sebelum laporan polis dibuat. 

Pengurusan tahfiz pada awalnya keberatan untuk beri kerjasama bagi menemubual para pelajar. Selepas berbincang dan memohon kebenaran ustaz selebriti itu, barulah dibenarkan. 

Saya dinasihatkan oleh pihak polis untuk memberi perhatian khusus kepada anak saya. Walaupun dia nampak normal dan tenang, tetapi dia mungkin memendam kemarahan dan tidak tahu bila ianya akan meletus. Sebarang insiden yang hampir sama dengan yang pernah berlaku akan mencetuskan gangguan emosi. 

Kami sedia berhadapan dengan segala kemungkinan sekiranya undang-undang tidak berpihak kepada kami. Adalah satu igaun ngeri bila memikirkan pusat tahfiz yang dilengkapi CCTV itu telah menafikan kejadian itu berlaku.

Tiada ulasan:
Write ulasan