Jumaat, 26 Ogos 2016

'Anak Angkat Durjana'


MELAKA - Seorang lelaki berusia 26 tahun tergamak membunuh dan mencederakan beberapa ahli keluarga angkatnya di kediaman mereka di Kampung Bertam Malim, pagi semalam, lapor Harian Metro.

Dalam kejadian jam 6.30 pagi itu, Hassan A Wahab, 70, Mariah Baharin, 62 dan Mohd Taufeq Hassan, 22, maut akibat dikelar. Manakala tiga lagi mangsa, Norhaslinda Diyana Hassan, 26, Nur Aqiedah Aeina, 24 dan Siti Khatijah Mohamed, 39, cedera.



Tiga beranak maut dikelar suspek

Suspek, Luqman Hadi Mustapa, yang dijaga oleh keluarga angkatnya sejak kecil itu, berjaya ditahan polis, selepas kereta yang dilarikannya dikesan di perkarangan sebuah masjid di Bukit Ramai jam 11 pagi, semalam. Suspek yang berpakaian jubah biru ditemui bersembunyi di dalam tandas.

Kereta yang dilarikan suspek

Menurut adik Mariah Baharin, Mariani Baharin, 53, berkata, dia terkejut apabila dimaklumkan bahawa kes pembunuhan itu dilakukan oleh seorang lelaki yang dijaga oleh kakaknya sejak kecil lagi. 

Anak saudara mangsa, Lina Arina Mohamad A'fifi, 26 pula mendedahkan, suspek seorang yang murung dan sering menyendiri. Malah, suspek pernah ditempatkan di Sekolah Henry Gurney dan sering bertukar pekerjaan. 

"Kami tahu dia ambil dadah sebab pernah terbau walaupun tak pernah melihatnya. Dia juga boleh duduk berjam-jam lamanya dalam tandas. Tetapi dia tidak pernah bertindak agresif atau mencederakan keluarganya sebelum ini," katanya. 

Tiada ulasan:
Write ulasan