Isnin, 8 Ogos 2016

AKU SUKA PEREMPUAN HODOH , JUMPA CINTA PERTAMA

Assalamualaikum wbt wahai admin dan semua para pembaca sekalian. Mohon admin approve perkongsian aku kali ini. Aku selalu terbaca banyak post2 sesetengah pihak yang dah jadi agak common and polemik macam ni, “Lelaki ni memang. Nak perempuan cantik je.” “Dah bertunang pon masih lagi nak cari orang lain” dan macam2 lagi. Bukan semua lelaki nak perempuan cantik, cuma sesetengah je. Maka aku nak berkongsi sikit kisah silam aku kali ini untuk buang korang punya tipikal low minded class.



Nama aku daus. Aku dah berumur 24 tahun. Dan aku bakal grad tahun ni. Dan tahun ini jugaklah genap satu dekad aku menunggu seorang perempuan yang agak hodoh. Ya, dia hodoh. Aku berkenalan dengan perempuan ni 10 tahun yang lalu. Beza umur kami cuma setahun. Dia cinta pandang pertama aku.

10 tahun lepas, masa balik dari sekolah ternampak perempuan ni lah. Pastu entah macam mana entah boleh pulak tetiba terus suka. Ya sekali pandang terus suka. Tu pon bukan tengok dekat2 tapi dari jauh yang langsung tak jelas tengok muka dia. Sekali aku datang dekat just nak usha je. Bila dah dekat takdelah lawa mana. Muka berminyak, jerawat mcm nak pecah sana sini, badan kurus pastu takde shape langsung. Senang citer tak seksi aarr. Tapi aku suka dia. Kawan2 aku cakap aku ni buta nafsu. Kuang haja betul.

Seminggu lepas aku nampak dia, aku terus decide nak kenal dengan dia. Cuba nak berkawan. Tu pon atas pertolongan kawan aku. Kitorang berborak pakai facebook je. Lepas 4 ke 5 bulan berkawan kitorng jadi agak rapat. Dia ni agak pendiam dan pemalu sikit. Kalau terjumpa dekat luar, dia takkan tegur aku. Dia akan lari sorok2 muka kat aku. Aku pon ceritalah perasaan aku kat dia. Dia macam tak percaya. Yelah, dia tak cantik, hodoh, jerawat sana sini, then tetiba aku suka dia. Tak pelik ke? Aku pon pelik dgn diri sendiri. Tapi aku yakin aku ikhlas sangat. Dan aku yakin dia lah jodoh aku.

Lepas aku confess dekat dia. Kitorang jadi agak renggang. Tak berjumpa. Sebab aku agak malu bila dia takde perasaan yg sama kat aku (Ak agak je la). Cuma ada contact borak2 biasa2 je dekat facebook. Tu pon beberapa kali je dlm setahun. Dan sejak aku confess kat dia lah kitorg jadi jarang jumpa. Jumpa pon mcm setahun sekali. Tu pon time terserempak tepi jalan. Bila terserempak dia pon malu2 senyum2. So aku syak dia bg respon yg positif.

Lepas 3 tahun, masa umur aku 19, dia contact aku dekat facebook. Borak2 nak dekat sejam lebih. Sebelum end conversation dia ada tanya aku. Betul ke aku ni suka dia ? Dia dahlah tak lawa, keding, tak putih, jerawat banyak. Aku cakap lah aku betul2 suka dia dan aku sikit pon tak kisah pasal rupa. Dan aku cakap kat dia bila aku dah sedia ak masuk meminang. Dia pon ok je. Dan dia pon cakap dia suka kat aku. Dia tunggu aku masuk meminang dia. Punyalah aku happy gila time tu bila dia ckp cmtu. Buat aku semangat nak berjuang. Kahkah. Dasar otak tak matang aku time tuh.

Esoknya, aku bangun dari tido. Lepas subuh aku baring dan amek phone aku. Dapat mesej dr dia. “Weh, aku memain je taw. Kau janganlah serius sangat. Hihi”. Dalam hati ak sakit gila. Korang pernah tak rasa kene tumbuk kat dada sampai takleh nafas. Haa, cenggitu la rasa dia. Tapi aku sikit pon tak marah. Aku anggap dia tak matang lagi. So aku balas kat dia “Next time, jangan memain. Takpe. Aku sanggup tunggu ;)”.

Selama 10 tahun aku dok tunggu dia macam tunggul kat sini, dia buat kat aku mcm tu sampai 4 kali. Korang bayangkanlah sakit dia mcm mana. Tapi aku still lagi suka dia. Nak move on pon susah cam haram. Time dia masuk matrik. Aku langsung tak jumpa dia dah. Berborak pon mcm setahun sekali.

Tahun lepas, dia contact aku balik. Dia cakap dia terima aku sebab nampak effort aku. And aku pon dah lupa muka dia mcm mana. Kat fb pon dia tak letak gambar dia. Gambar anime je la banyak. So aku assume muka dia still mcm dulu lagi. Penuh jerawat dan minyak. So, aku bercinta dgn dia. Sepanjang tu aku sekali pon tak pernah jumpa dia depan2. Dan sepanjang tu jugak lah dia punya goals mengarut2. Nak kahwin awal dgn aku la. Dia siap plan mcm2. Nak honeymoon kat Paris lah. Nak duduk banglo lah. Bermacam2. Aku iyekan aje.

Bila dah dengar request dia yang agak tinggi tu aku berbisnes. Aku cari duit sambil belajar. Alhamdulillah satu tahun tu aku dapat kumpul 13k. Aku kumpul duit ni pon untuk kahwin awal. Aku ikut je plan dgn goal2 dia tanpa aku fikir panjang. Lagipon aku plan nak surprise kan dia bila dah nak kahwin nnti. Orang tua dia pon tahu pasal aku. Orang tua dia selalu bg nasihat kat aku kat whatsapp. Selalu ingatkan aku persiapkan diri kalau nak kahwin awal, jangan lambat solat, quran jangan tinggal, macam2 lagi. Aku iyekan aje. Lagipon ayah dia orang kuat surau. So memang selalulah dia bg ceramah kat whatsapp aku pagi2.

Cukup setahun aku nampak dah dia mcm bosan dgn aku. Mungkin sbb cinta jarak jauh kot. Last2 dia cakap apa korang tahu? “Weh, kita kawan kan?” “Ada jodoh tak kemana kan?” “Nanti aku umur 27, n tak kahwin lagi, kita kahwin eh?”. Aku langsung tak expect yang dia akan ckp cmtu. Padahal parent dia dah suruh aku datang rumah masuk meminang cukup tahun ni. Serius, aku sangat tertekan masa ni. Stress gila. Nasib baik baru habis final.

Ya Allahhh. Tuhan je yg tahu sakit dia mcm mana. Kat situ bermula sedikit konflik, dimana dia mula mencari kesalahan aku dan point out sikit sikit. Aku pon tak tahu reason dia apa. Mungkin dia nak cari jalan untuk putus dan letakkan aku sebagai orang yang bersalah dalam hal ni. Beberapa hari jugalah konflik tu jadi sampai aku rendahkan ego aku yang tak pernah aku tundukkan serendah tu selama ni. Last2 aku cakap kat dia aku akan tunggu sampai kau sedia. Pastu aku diamkan diri. Aku cuba move on tapi entahlah. Melupakan seseorang bukan senang. Lagi2 dia dah janji macam2. Harapan yang dia bagi terlalu besar. Aku bukan suka atas dasar rupa. Tapi atas dasar perasaan yang ikhlas. Aku betul2 ikhlas. Bila aku luah dekat member2 aku, diorang gelakkan aku. Musibat betul diorang ni.

Lepas dua bulan aku dapat tahu rupanya dia putus dengan aku sebab dia pergi kat ex-bf dia. Baru aku tahu dia pernah kapel sebelum ni. Satu persoalan yg aku nak tahu. Dia kan tak cantik jerawat banyak, tapi ada mamat hensem (technically aku lagi hensem laa) suka kat dia. Seriouly, it is a big question for me. Pastu aku bukak instagram dia (aku takde instagram) baru aku tahu yg dia dah cantik dah sekarang. Ye cantik. Muka clean. Putih takde jerawat. Muka dia macam lisa surihani sikit. Flawless bhai. Instafemes plak tu. Followers dia mak aih, 88k doe. Speechless gila babeng. Ex dia pulak rupanya dari keluarga orang kaya. Selalu ada collaboration dgn artis2. Collaboration apa jangan tanya aku. Aku tak tahu. Aku speechless gila macam mana dia boleh jadi cantik mcm tu. Susuk ke apa?

Dari situ membuatkan aku terfikir termenung jauh sebab aku melalui satu fasa hidup yang sangat sedih pernah aku rasa selama ni. Malam tu aku solat taubat sampai menangis2 bila rasa perasaan yang menyakitkan ni. Aku sedar aku jauh dari Allah selama ni. Mungkin dia nak sedarkan aku. Betul lah orang kata. Bila kita jauh dari Allah, dia mula tarik kenikmatan pada diri kita untuk mengingatkan kita untuk diriNya. Perempuan yang aku suka dulu hodoh telah jadi cantik sekarang. Dan itu jugak buat aku realize something. Sahabat aku pernah cakap, “Kecantikan itu adalah anugerah dalam ujian”. Maksudnya kecantikan itu hanyalah ujian semata2.

Kadang2 aku berharap muka dia kembali mcm dulu. Sebab kadang2 perempuan ni dia lupa diri bila dah cantik. Dan saat tu, dia mula expose diri dia kat public sambil mengemis like dan pujian. Aku tahu. Perempuan yang tak selalu tayang muka kat media sosial tu dah makin sikit. Kurang dah perempuan yang mcm ni. Sebab masing2 berbangga diri dengan kecantikan yang mereka miliki. Bukan semua perempuan. Tapi sesetengah.

Dan pesanan buat perempuan. Korang tak payahlah cakap semua lelaki sama. Jahat, kaki perempuan,playboy. “nak cantik je”.Hey, Ayah korang tu laki jugakkan? Haa. Inilah masalahnya. Sorang je buat, habis semua kene. Actually its depend on individu, not gender. Adil ke kalau perempuan mcm ni game aku, pastu aku salahkan korang semua? Buanglah mentaliti mcm tu. Bukan semua lelaki nak perempuan cantik.

Aku masih tunggu dia. Dan hari2 aku doakan yang terbaik untuk diri aku dan jugak diri dia. Ada takde aku berserah. InshaAllah.

– Daus

Tiada ulasan:
Write ulasan