Sabtu, 6 Ogos 2016

6 Doktor Kacak Malaysia Yang Membuatkan Anda Mahu Check-up Hari-Hari di Hospital

6 Doktor Kacak Malaysia Yang Membuatkan Anda Mahu Check-up Hari-Hari di Hospital. Pekerjaan doktor dianggap mulia dan banyak menyumbang dalam masyarakat hari ni. Mereka terpaksa belajar lebih kurang 5 hingga 6 tahun untuk mendapatkan ‘title’ doktor tersebut dan kebanyakan mereka dianggap tak da ‘life’ dan sangat ‘nerd’. 



Tapi tahukah anda bahawa ada juga dikalangan mereka yang yang sangat handsome dan menarik hingga membuatkan anda hari-hari nak buat check up kat hospital. Jom kita kenali 6 doktor kacak di Malaysia.

6 Doktor Kacak Malaysia Yang Membuatkan Anda Mahu Check-up Hari-Hari di Hospital

1- Dr Syed Ahmad Murthada


Beliau merupakan model utama untuk jubah furby and sugar dan sangat aktif ke gym.  Walaupun doktor kerjanya sangat sibuk untuk merawat dan melayani pesakit, mereka juga ada kehidupan sendiri. Sibuk-sibuk pun sempat ke Gym tu ... hoho. Jangan cakap doktor tak da life ye. Dan pada saya, memang haruslah seorang doktor menjadi contoh kepada orang lain, nampak sihat, sasa, tidak merokok, kacak dan berpenampilan menarik. 

Sumber gambar - Instagram murtadhaalsagoff 

2. Dr. Say Shazril



Siapa yang tidak kenal dengan doktor kacak ini? Saya ketahui mengenai doktor ini pun sebab isteri ada beritahu tentang kisahnya yang jadi viral. Doktor kacak Say Shazril kini berkhidmat di hospital Terengganu dan pernah satu ketika dahulu menjadi perbualan hangat gara-gara undangan beliau di salah sebuah stesen radio swasta. Dengan wajah yang tampan dan susuk tubuh yang sasa beliau seringkali menghiasi majalah-majalah dan akhbar dalam dunia modelling. Tapi sayang sekali buat gadis-gadis di luar sana kerana beliau telahpun berumah tangga dengan Dr Azura Abas.

Sumber Gambar - Instagram say_shazril

3. Dr Sheikh Muszaphar Shukor



Siapa yang tidak kenal pada angkasawan pertama Malaysia ni. Beliau merupakan pakar ortopedik dan pernah bergiat aktif dalam bidang modelling. Telah berumah tangga dengan Dr Harlina dan dikurniakan 2 cahaya mata. Beliau juga aktif dalam menerima jemputan untuk ceramah motivasi dan kerjaya. Malah, nama Dr. Sheikh Muszaphar menjadi idola anak-anak sekolah yang mahu meneroka angkasa lepas.

"Cita-cita nak jadi apa?" .... "Kami nak jadi macam doktor Muzapar" .... 

4. Dr. Che Hafiz




Dr Che Hafiz yang berasal dari Kelantan ini dulu merupakan model sambilan dan kini merupakan tunang kepada penyanyi Lufya Omar. Mesti cair para gadis-gadis di luar sana melihat senyuman manis beliau. Saya harap doktor kacak Malaysia ini cepat-cepat mengakhiri zaman bujang... al maklumlah, kacak .. dikenali .. banyak dugaannya sebagai seorang lelaki yang single ni. Ehemmm bertunang belum tentu berkahwin ehh .. weeee ... 

Sumber Gambar - Instagram chehafiz007

5. Dr. Al-Hafiq



Dikenali dengan nama afiqvolaris di laman instagram, beliau kini bertugas di hospital Sungai Buloh. Beliau juga aktif dalam bidang modelling pengiklanan di televisyen dan merupakan abang sado yang aktif ke gym. Pasti berdebar-debar hati gadis di luar sana nak pergi checkup.

Sumber Gambar - Instagram afiqvolaris

6. Dr. Afiq Anuar



Dr Afiq Anuar yang berasal dari Kedah ini mampu membuatkan anda cair dengan wajah tampan dan senyuman manis beliau. Beliau sangat aktif di lama twitter dan instagram. Beliau juga merupakan model sambilan untuk iklan di televisyen.

Sumber Gambar - Instagram afiqxyz 

Amacam? Kacak tak semua doktor-doktor Malaysia ni? Ada ramai lagi doktor kacak di Malaysia ni, yang boleh membuatkan ramai wanita akan teruja untuk buat check-up ke hospital. Tetapi awas, ada batasan antara doktor lelaki dengan pesakit wanita.

Kalau boleh, jika anda seorang wanita yang perlu melakukan pemeriksaan terutama yang melibatkan bahagian-bahagian sensitif, eloklah dapatkan khidmat dari doktor wanita .. ada je doktor wanita di Malaysia ni, malah mereka pun ramai yang lawa-lawa dan cantik-cantik .. kalau itulah yang dicari untuk menerima rawatan doktor terbaik .. hoho...

Dan nasihat saya, apabila buat pemeriksaan di hospital, tak kiralah doktor lelaki kacak ke, doktor wanita ... pastikan ada orang lain, samada jururawat, pasangan, rakan, ibu atau bapa yang turut menemani.

Tiada ulasan:
Write ulasan