Ahad, 7 Ogos 2016

13 Perkara Asas Yang Anda Perlu Tahu Jika Mahu Jadi Pokemon Master Yang Awesome

Penantian semua peminat Pokemon GO akhirnya berakhir apabila Pokemon Go kini boleh mula dimainkan di Malaysia bermula semalam. Yeah! Berapa banyak Pokemon yang anda telah tangkap semalam? Semalam sahaja saya sudah tangkap dalam 100 ekor Pokemon. kebanyakkannya yang basic sahaja untuk naikkan level saya dalam permainan Pokemon ini.
Jadi di sini saya ingin berkongsi 13 perkara yang anda perlu tahu untuk jadi Pokemon Master yang awesome. Menurut apa yang saya baca di Reddit dan telah cuba, 13 perkara ini perlu anda tahu untuk memudahkan perjalanan anda bermain permainan ini.

1. Curveball



Untuk membuat lontaran curveball, anda perlu putarkan Pokeball pada skrin sampai ianya bersinar, dan campak pada Pokemon yang anda nak tangkap. Perlukan masa untuk biasakan diri sebab bola akan berputar dan tidak sama macam anda lontar Pokeball secara biasa. Kelebihan balingan curveball ini adalah anda dapat extra Experience setiap kali anda berjaya.

2. Incubator


Anda cuma mempunyai satu incubator rasmi untuk tetaskan telur anda dan incubator tambahan cuma boleh dipakai sebanyak 3 kali sahaja. Anda perlu berjalan/berlari untuk menetaskan telur anda. (Kalau bawa kereta tidak begitu berkesan kerana anda perlu bawa kereta bawah 10km/h).

3. Pentingnya Telur

Apabila telur sudah menetas, ia akan beri anda exp dan candies secara rawak. Paling banyak setakat ini 21 biji. Tips : Tetaskan telur sejauh 2KM pada incubator rasmi dan telur 5km pada incubator tambahan. Percayalah ini pasti membantu anda.

4. Kesukaran Tangkapan

Pokemon dari spesis yang sama boleh mempunyai pergerakan yang berbeza. Warna pada gelungan ketika anda hendak menangkap Pokemon bakal menentukan kesukaran tangkapan Pokemon tersebut (Hijau->kuning->oren->merah)

5. Pasukan Yang Perlu Dipilih


Selepas anda lepas level 5, anda boleh masuk gym. 3 pasukan boleh dipilih; Valor (merah), Instinct (Kuning) dan Mystic (biru). Setiap pasukan mempunyai keistimewaannya yang tersendiri. Gym pasukan bergantung kepada warna gym yang anda dekati.

6. Kepentingan Gym

Berlawan di gym pasukan sendiri (dengan warna yang sama) dikira trainingdan ianya akan memberi anda exp dan reputasi untuk gym tersebut. Tetapi jika anda kalah di gym pasukan lain, anda perlu hidupkan kembali Pokemon anda yang kalah dalam pertarungan dengan ‘Revive’.

7. Letak Pokemon Di Gym

Anda boleh letakkan satu Pokemon sahaja untuk setiap gym. Dan lebih baik untuk ada rakan yang sama atau lebih hebat untuk sama-sama bantu anda menjaga gym tersebut. Jika gym anda dikalahkan, Pokemon anda akan kembali kepada anda.

8. Data Telefon

Pokemon Go ini tidak memakan data telefon dengan rakusnya. Kurang 100MB untuk permainan selama 4 jam.

9. Stardust

Stardust berguna untuk menaikkan kuasa Pokemon yang anda dapat ketika anda menangkap Pokemon. Menangkap Pokemon yang baru bakal memberi anda exp yang lebih.

10. Candies

‘Candies’ perlu untuk meningkatkan kuasa atau evolve Pokemon anda. Anda boleh dapat candies tiap kali anda tangkap Pokemon atau anda ‘transfer’ pokemon berkenaan pada Prof Willow.

11. Pokestops

Pokestops akan recharge kembali lebih kurang 5 minit tanpa batasan. Jika anda nak kutip Pokeballs banyak-banyak, anda lepak sajalah di Pokestops.

12. Reward

Jika anda meletakkan Pokemon anda di gym, anda akan dapat reward. Anda boleh tebus di Shop, tekan di bahagian kanan atas. Rewardnya adalah 10 Pokecoins dan 400 Stardust untuk setiap Pokemon. Anda cuma boleh letak 10 Pokemon sahaja di gym pada sesuatu masa.

13. Special Attack

Apabila anda berlawan, setiap serangan akan memenuhkan bar anda. Apabila bar anda penuh, anda boleh buat special attack kepada musuh anda. Caranya ialah dengan terus menekan serangan hingga bar anda penuh dan apabila sudah penuh, biarkan dan special attack akan terhasil selepas itu.
Have fun menangkap Pokemon! Jaga-jaga dengan persekitaran.Boleh juga berkongsi di ruangan komen Pokemon apa yang paling best anda sudah tangkap setakat ini. Jika anda ada tips lain yang berguna, boleh jugak kongsi di ruangan komen. Gotta catch ’em all!


Tiada ulasan:
Write ulasan