Isnin, 11 Julai 2016

Zed Zaidi: David Teo Biadap, Kurang Ajar

Gara-gara kenyataan David Teo kepada Malay Mail Online yang mengaitkan kehidupan seniman P. Ramlee yang didakwanya berakhir dengan kemiskinan, persatuan Seniman menyifatkan perkara tersebut sebagai biadap dan kurang ajar.
Presiden persatuan tersebut iaitu Zed Zaidi mendesak David Teo untuk memohon maaf bukan sahaja kepada keluarga P. Ramlee malah juga kepada seluruh seniman, seniwati dan artis-artis Malaysia.
“Adakah anda tahu kebanyakan filem yang dikeluarkan oleh produksi anda mempunyai mutu yang tidak berkualiti langsung berbanding filem-filem semasa zaman P Ramlee? Adakah anda tahu banyak universiti masih lagi mengkaji mengenai filem-filem P Ramlee sebagai rujukan kerana mempunyai nilai budaya dan mesej yang sangat kaya?”
“Kreativiti tidak boleh dinilai oleh wang ringgit. Adakah anda tahu semua itu, David Teo?” luah Zed Zaidi dalam kenyataan di akaun Facebook miliknya.
Tambah Zed, walaupun P. Ramlee tidak dilimpahi kemewahan hidup ketika di akhir hayatnya namun karya seniman tersebut sentiasa segar sepanjang zaman dengan mesej yang meninggalkan kesan sehingga kini. 

1 ulasan:
Write ulasan
  1. David Teo bongkak.
    Hidup P Ramlee tak layak awak buat perbandingan dgn artis dan pengarah awak. sbb awak dlm dunia serba bongkak. Susut P Ramlee dahulu pun atas perbuatan manusia seperti awak yg memandang hina mencari dan memuatnaik segala kehinaan dan keaiban beliau utk meletakkan beliau di tahap bawah manusia awak. awak yg rasa lebih bagus dlm dunia perfileman. awak yg rasa lebih disayangi peminat. buat lah apa niat suci awak itu tapi tolong jgn guna nama P Ramlee utk meletakkan awak lebih bagus. tolong la. jgn ulang perbuatan mereka yg terdahulu yg sama jahat....

    BalasPadam