Jumaat, 29 Julai 2016

Ya, memang benar saya dan suami dalam proses perpisahan – Zila

Bangi – Bekas peserta Akademi Fantasia (AF) musim keempat, Zila Seeron, 28, mengesahkan sudah empat bulan dia dan suaminya, Along Raja Lawak tidak tinggal sebumbung.

Menurutnya yang ditemui pada majlis rumah terbuka Mawi, di sini semalam, mereka kini dalam proses perceraian apabila suaminya memfailkan saman nusyuz.

“Ya, memang benar saya dan suami dalam proses perpisahan. Dia (suami) telah pun memfailkan saman nusyuz yang mendakwa saya keluar rumah pada 25 Mac lalu dan gagal menjalankan tanggungjawab sebagai isteri dan ibu.

“Saya lihat hubungan kami sudah tidak boleh diselamatkan lagi. Apa yang pasti keretakan rumah tangga bukan kerana orang ketiga, sebaliknya tiada sefahaman,” ujarnya sambil menangis.


Dalam pada itu Zila turut meluahkan kerinduan terhadap anak tunggalnya Ahmad Danial, 5, yang kini berada dalam jagaan Along dan keluarganya di Johor.

“Kami memang membuat persetujuan untuk Danial dijaga oleh Along. Sebulan saya hanya dibenarkan berjumpa dengannya sebanyak dua kali sahaja dan tidak boleh bermalam.

“Memang saya terlalu rindukan Danial. Ibu mana yang tidak sayangkan anak sedangkan sebelum ini saya menjaganya sepenuh masa. Selepas kehidupan lebih stabil, saya pasti akan menuntut hak jagaan anak,” katanya.

Zila dan Along berkahwin pada Januari 2010



Tiada ulasan:
Write ulasan