X-Ray Paru-Paru Tak Nampak – Anak Kritikal Kerana ‘Pneumococcos’, Wanita Ini Akhirnya Sedar…

Sebelum ini kami pernah kongsikan kisah seorang ibu yang kehilangan anak tersayang kerana jangkitan kuman dalam paru-paru iaitu pneumococcos.Namun atas saranan doktor, dia nekad untuk mengambil vaksin tambahan iaitu vaksin pneumococcal untuk anak yang seterusnya dan ternyata perbezaan ketara dapat dilihat.
Kisah tersebut viral dan ternyata ramai ibu bapa berhadapan situasi sama namun kurang pengetahuan tentang hal ini. Berikut lagi kisah seorang ibu yang tampil berkongsi detik cemas yang berlaku ke atas anaknya sehingga di tahan di wad ICU selama 7 hari.

Imunisasi tak sama


Alhamdulillah terima kasih pada kenalan fb d kalangan ibubapa yg inbox sy minta sy share pengalaman ttg vaksin terutama vaksin Pneumococal untuk ank ank syurga yg comel.
Yer sejujurnya sy bukan lah org yg layak untuk berkongsi tentang ilmuan medikal ni walaupun sy antara staff KKM. Cuma sy hny ada pengalaman yg boleh d kongsi yg mana MUSTAHIL utk sy dn suami lupakan. Kalau admin nak padam atau nak block saya pon boleh.
Saya mempunyai 4 anak syurga yg sy cintai dan sayangi, mereka nyawa dan kehidupan sy. Anak2 saya semua dilahirkan sihat dgn berat 3kg ke atas. Vaksin semua complete dari masa lahir sehingga last penjadual vaksin, lahir sihat dan sy fikir akn sihat lah smpi dia besar, means tidak terlibat d jangkitan apa penyakit yg boleh membawa maut, yer lah vaksin complete kan.
Betul lah, jgn terlalu over yakin, biasalah sikap manusia. Yerlah ank pertama dan ank kedua sy x pernah warded hospital kecuali Jaundis. Setakat demam beralih bulan itu bg sy biasa, batuk selsema itu normal, bg ubat esok lusa ok.
Tapi bila setahun tiga bln selepas ank kedua lahir (sethun sorang) ank ke tiga saya ANIQ Allah pilih untuk menyedarkan sy dan suami bhw jgn ambil mudah ttg kesihatan ank2 syurga. Imunisasi ank x sama, walaupun semua vaksin sy ikut jadual seperti biasa.

Hanya nampak mata putih


ANIQ di serang batuk-batuk, selesema, dan dedar badan tapi batuk ANIQ sgt berbeza. Bila dia batuk mmg x boleh biar, dia seolah mencari nafas, ader masa smpi biru. Bila tepuk2 belakang dia akn ok, bila ok kesilapan sy,sy ambil mudah. Ahhh x ader apa2. Cuma sy bw ANIQ ke Klinik amik ubat dan balik.
Doktor kata batuk biasa selesema biasa sehingga lah sy bw ke Hospital KPJ jumpa Pakar Kanak2 ANIQ krn batuk selsema yg panjang. Di situ ANIQ batuk dan biru, mata hny nmpk mata putih. Ya Allah masa tu hny Allah yg tahu perasaan sy. Soalan bermain ANIQ akan tgglkan sy ke?? Doktor dan nurse kelam kabut berusaha menyelamatkan ANIQ lebih kurang setengah jam Doctor Pakar memberitahu sy ANIQ terpaksa ditahan utk rawatan.
ANIQ akan d xray. .Serius ke hingga nk xray ank sebesar itu, dia batuk biasa jer, biru dan tepuk2 dia akan ok kot. Suami bgth sy, biar doktor lakukan apa yg patut kita ikut sj. ANIQ d xray. Result yg sgt memeranjatkan sy dan suami bila Doktor tnjk filem xray ANIQ. Kesemua paru2 ANIQ x nmpk dalam filem tu, keseluruhan telah d serang dan ANIQ di sahkan terkena jangkitan kuman dalam paru2 iaitu pneumococcos. Dia kritikal yang hampir meragut nyawa.
Bayangkan sikecil sebesar itu berusaha juga mencari secebis nafas untuk idup dn sy sambil lewa, menganggap ia biasa. Bommmmmm…kepala sy seolah d hentam sesuatu yg berat (tetiba sebak plak bila ingat balik) dia diserang kuman “STREOTOCOCCUS PNEUMONIAS” atau “PNEUMOKOKUS” Berpintal lidah nk sebut tak pernah dgr kan tapi ialah yg hampir membunuh anak saya ANIQ. kalau lambat blh membawa maut..Ya Allah.

Cegah lebih baik dari mengubati

Betul, kalau Allah kata itu ajal kita cucuk la mcmne pun mati juga. Spechleess sgt.
7 hari ANIQ di ICU bersirat wayar2, oksigen down. Ya Allah x sanggup tgk sbnrnya dicucuk di masuk kan ubat bertimer, kalau boleh sy ganti nk jer sy ganti tempat ANIQ. Sy x pernah putus memberi kata semangat pada ANIQ “ANIQ ank ibu yg kuat, ANIQ nak tgk abg2 kan, ANIQ nk tgk dunia kan”
Uolls sebagai ibubapa sanggup ke bila lihat ank mcm tu 7 hari ICU 4hari wad biasa. ANIQ sihat dan dIsaran kan complete vaksin Pneumococal. WAJIB sy bgth ayah ANIQ, complete vaksin baru lah ANIQ boleh keluar wad dengan followup berjadual selama 3bln. Selama hampir 2minggu ANIQ d Hospital kos sy x nafikan mmg mahal(bukan gov hospital) RM13,000 tapi bukan itu yg sy nk bgth, itu hny nilai yg x ternilai nyawa ank tu.
Mmg jauh beza selepas vaksin, batuk demam selesema tetap ada tapi cepat ker baik, bila ada kwn2 di taska dia yg batuk pun sgt2 susah dia berjangkit. Antibodi dia melawan dgn gagah perkasa. Benarlah apa yg org kata mencegah lebih baik dari mengubati. Ank sy yg kedua dan ke 4 totaly full vaksin Pneumococal selepas pengalaman ngeri itu.
Kalau ada antara ibubapa nak kata saya ni buat cerita TERPULANG sy bangga telah jalankan tanggungjawap sy sebagai ibubapa dengan meng vaksin anak saya, lantak lah. Saya tak nak kehilangan ank2 sy, nk berank bukan senang ok, bukan mcm kita “berak”. Biar lah saya berhabis duit bayar medical bayar takaful, saya mahu yg terbaik utk ank2, sy pernah rasa pengalaman hampir kehilangan ank sy x snggup merasainya lagi.
Yang x nak terima vaksin bagi saya atas uolls lah. Yang perlekehkan vaksin lantak uolls lah. Doa sy moga ank ank uolls sihat selalu dan x lalui seperti anak sy ANIQ. Yang nk vaksin tu jgn lah berlengah, pk baik2, niat baik2. Allah akn bg yg TERBAIK. Yg menjadikan duit sebagai alasan, stop lah sekejap beli rokok, beli vape, beli handbeg beli kasut beli lipstik beli mascara huhuhu
Beli vaksin dulu.
Sumber : Alial Ludba Dijam

0 comment... add one now