Isnin, 11 Julai 2016

Video : Anak angkat Ronaldo boleh alunkan ayat al-Quran

  Berita Premium       Isnin, 11 Julai 2016
PERKONGSIAN video bacaan ayat suci al-Quran oleh anak angkat kepada pemain bola sepak Portugal Cristiano Ronaldo, Martunis,19, di Instagramnya baru-baru ini berjaya menarik perhatian netizen, yang tertarik dengan bacaannya itu.

Martunis yang kini menyertai akademi bola sepak Sporting Lisbon di Portugal, meluangkan sedikit masa untuk membaca al-Quran lantas berkongsi video itu dengan rakan-rakan Instagramnya.‎

"Waktunya bertadarus," tulis Martunis di Instagramnya.

Perkongsian itu lantas menarik komentar rakan-rakannya yang mengatakan bahawa amalan Martunis itu sesuatu yang digalakkan dalam Islam.

"Sampaikan kebaikan walau satu ayat," tulis Rizal.

Sementara menurut Risapramita pula Martunis mempunyai suara yang baik ketika mengalunkan bacaan ayat suci al-Quran.

"Bagus suaranya...Martunis sedang memberi contoh hal yang baik," tulisnya.

Martunis

Martunis diambil menjadi anak angkat oleh Ronaldo, selepas pemain dunia itu simpati dengan nasibnya selepas ditemui selamat dalam bencana tsunami pada 2004.

Martunis yang ketika itu berusia tujuh tahun hilang selama 21 hari sebelum ditemui selamat dan terdampar di pantai dengan memakai jersi pasukan bola sepak Portugal.

Kisahnya mendapat simpati seluruh rakyat Portugal, dan mulai detik itu Ronaldo mengambil Martunis sebagai anak angkatnya.
A video posted by مرتنس سربنى (@martunis_ronaldo) on
logoblog

Thanks for reading Video : Anak angkat Ronaldo boleh alunkan ayat al-Quran

Previous
« Prev Post

Tiada ulasan:

Catat Ulasan