Rabu, 27 Julai 2016

Vanidah Imran Korbankan Kerjaya Demi Anak-Anak

KUALA KUMPUR: Pelakon Vanidah Imran memberitahu dia kini memperlahankan karier seninya buat sementara waktu bagi memberi perhatian terhadap keluarga terutama anak-anak yang semakin membesar.
Vanidah, 43, berkata, dua cahaya matanya iaitu Mikhail Imran, 15, dan Maryam Rashika, 12, bakal menghadapi peperiksaan penting yang perlu diberi perhatian sepenuhnya.

"Sekarang saya tidak banyak berlakon kerana sibuk jaga anak di rumah sahaja.

"Saya korbankan kerjaya kerana anak-anak perlukan saya tambahan pula mereka akan menduduki peperiksaan penting tahun ini iaitu Pentaksiran Tingkatan Tiga (PT3) dan Ujian Penilaian Sekolah Rendah (UPSR)," ujarnya.

Vanidah ditemui pada tayangan perdana filem Temuan Takdir di Mid Valley, di sini, Selasa.

Isteri kepada pelakon Rashidi Ishak itu berkata, dia kini hanya memilih tawaran yang dirasakan berbaloi dan memberi kesan kepada penonton.
"Saya sudah jarang berlakon dan kalau dapat tawaran biarlah yang berbaloi dan dapat beri kepuasan.

"Kalau ada skrip dan pengarah yang bagus bolehlah saya fikirkan," ujarnya.

Dalam pada itu, Vanidah memberitahu, dia tidak pernah menggunakan khidmat pembantu rumah bagi membantunya menguruskan rumah tangga yang dibina lebih 15 tahun lalu.

"Dulu suami saya banyak berkorban jaga anak dan hantar anak ke sekolah kerana kami tidak pernah ada pembantu rumah.

"Sekarang masa saya pula perlu berkorban kerana suami sibuk dengan kerjayanya," ujarnya.

Bercerita tentang lakonannya dalam filem Temuan Takdir, Vanidah berkata, dia menerima tawaran tersebut bagi memberi sokongan kepada produksi Zazen Design & Production.

Selain itu, katanya, mesej yang cuba disampaikan dalam filem berkenaan menyentuh keharmonian hidup dalam masyarakat telah membuatkannya tertarik untuk terlibat.

"Banyak sebab yang membuatkan saya terima untuk berlakon filem ini dan salah satunya untuk memberi sokongan kepada produksi tersebut.

"Mereka masih baru dalam bidang ini dan saya harap mereka dapat perbaiki kekurangan pada filem ini untuk projek akan datang," ujarnya.

Filem Temuan Takdir bakal ditayangkan pada 11 Ogos depan di 50 pawagam seluruh 

Tiada ulasan:
Write ulasan