Jumaat, 15 Julai 2016

Ustad Don Daniyal Kongsi Tips Cara Mendidik Anak Seperti Yang Diamalkannya

Tidak perlu diperkenalkan lagi nama Don Daniyal Don Biyajid yang kerap kalai muncul di kaca televisyen untuk menyampaikan dakwah-dakwah berguna kepada masyarakat.

Beliau yang leboh mesra di panggil Ustaz Don kini boleh berbangga dengan pecapaian beliau untuk memberi ilmu dan manfaat kepada ummah apabila kata-katanya dan video-videonya memberikan dakwah banyak dikongsi oleh orang ramai di media sosial.

Beliau yang berkahwin dengan Puan Husna Mohd. Zahry empat tahun lalu sudah dikurniakan dua orang putera yang cukup comel iaitu Don Mustofa dan Don Ibrohim di mana ia menjadi tanda cinta serta terjemahan cinta dan kasih suci antara keduanya.

Dalam memenuhi tuntutan kerja dan keluarga, Ustaz Don tidak kedekut berkongsikan 'resepi' yang diamalkannya dalam mendidik anak.

Dipetik tulisan Mingguan Wanita, beliau telah berkongsikan apa yang diamalkannya dalam mendidik anak-anaknya.

“Saya kongsi serba sedikit amalan yang saya terapkan pada anak-anak. Selalunya setiap kali saya solat, anak-anak akan ada bersama saya. Dengan keberadaan mereka, secara tidak langsung, saya dapat mendidik anak-anak tentang solat. Azan mesti diperdengarkan sama ada di kaca televisyen mahupun kita sendiri yang mengazankan.

“Begitu juga dengan Qasidah. Kerap didengarkan kepada anak-anak. Jika anak-anak gemar menyanyi, biarkan. Dengan cara ini mereka dapat mengenal huruf. Perkara paling penting ialah dari segi kebersihan. Kedua anak-anak saya mandikan sendiri sejak mereka masih bayi lagi. 

“Saya mengelakkan daripada menggunakan tisu basah setiap kali ingin membersihkan kotoran pada anak-anak. Bagi saya, lebih afdal menggunakan air kerana lebih terjamin kebersihannya. Apabila kita menjaga kebersihan nescaya terhindarlah kita daripada gangguan syaitan,” kongsi Ustaz Don.

Ditanya kepada isteri beliau oleh Mingguan Wanita, Husna, sebagai insan yang paling dekat dengan Ustaz Don tentu sekali ramai yang ingin tahu tentang Ustaz Don di mata isterinya.

“Ustaz Don seorang suami dan bapa penyayang. Namun dalam masa yang sama dia seorang yang tegas dan pandai memujuk anak-anaknya. Dari segi menguruskan anak-anak dia memang pakar. Malah dia tidak pernah kekok menguruskan anak-anak meskipun masih bayi seperti menukar lampin dan memandikan mereka.

“Sebab itulah ketika saya keluar bekerja, saya tidak pernah risau meninggalkan anak-anak bersama suami. Hal ini kerana saya tahu suami boleh menguruskan anak-anak dengan baik,” ungkap Husna, jujur.

Menurut Ustaz Don, beliau kini bertugas sebagai pensyarah di Kolej Universiti Islam Antarabangsa Selangor (KUIS), Ustaz Don juga aktif dengan perniagaan jenama pakaiannya, Don Donna Clothing.


Selain itu beliau menegaskan tidak mempunyai akaun Twitter dan  Instagram melainkan akaun Facebook peribadi atas nama daniyal biyajid dan page Ustaz Don Daniyal Don Biyajid : Solat & Selawat Tour. - 

Tiada ulasan:
Write ulasan