Jumaat, 29 Julai 2016

"Tiada Sebab Saya Perlu Jauhkan Diri Daripada Dato Red" - Ruhainies

Bukan sekadar digelar perosak rumah tangga malah beliau juga turut digelar playgirl berikutan kontroversi yang berterusan, namun bagi Ruhainies beliau tetap akan bersikap profesional dalam menghadapi situasi berkenaan. Baginya, video mesra bersama Dato Seri Adnan Abu tidak akan sesekali memutuskan hubungan yang terjalin diantara mereka.



“Apabila bekerja dengan orang kalau boleh saya tidak mahu putuskan hubungan profesional itu. Mana tahu ada projek lain yang boleh membabitkan kerjasama lagi pada masa akan datang. Jika apa yang terjadi itu tidak memudaratkan dan menimbulkan fitnah untuk apa saya putuskan silaturahim. Apa yang saya boleh katakan ia hanya salah faham”

“Saya juga enggan menuding jari atau meletakkan kesalahan ke atas bahu sesiapa. Jika cuba selamatkan diri, saya seperti membuka aib pihak satu lagi. Memang orang akan nampak yang negatif termasuk diri saya seperti playgirl. Saya juga sudah tegaskan memang tiada langsung perasaan cinta diantara kami,” katanya kepada Berita Harian Plus.

Sementara itu, ketika ditanya mengenai kenyataan Azrel Ismail tempoh hari, Ruhainies berpendapat bahawa beliau memberikan pandangan atas dasar kawan tanpa menyatakan status kekasih. Namun begitu, beliau akui dirinya antara insan yang paling rapat dengannya, sekaligus tidak menolak jika dijodohkan bersama dengan pelakon itu

Tiada ulasan:
Write ulasan