The Ugly Truth About Terengganu

Bila korang baca tajuk mesti korang fikir yang bukan-bukan, kan? Takdelah, sebenarnya artikel ini melibatkan tentang kerja dan seterusnya merebak ke perkara-perkara lain. Dah lama aku pendamkan, mostly orang-orang Terengganu pendam yang Terengganu ini sangat-sangatlah kekurangan kerja. Dari tukar parti politik mana-mana pun sama saja. 

Kau tahu, di sini ada lagi yang kerja di kedai makan gaji RM350 sebulan. Ya, sebulan. Setakat gaji RM500, RM600 itu adalah perkara biasa. Di sini, mereka yang kerja kerajaan dah seperti orang yang paling kaya. Sebab? Gaji sektor swasta terlalu sedikit. Aku yang ada degree ini terpaksa merantau ke Kuala Lumpur untuk mencari rezeki. Alhamdulillah, dapat juga kerja di bank. Dan sebenarnya ramai lagi orang Terengganu merantau mencari rezeki di luar. 

Sebelum aku kerja bank, aku pernah pergi ke Karnival Kerjaya yang diadakan di sebuah hotel di Terengganu selepas habis degree. Tahu apa pekerjaan yang mereka tawarkan?  Tukang Kebun, Housekeeping. Adalah satu kosong pembantu akaun. Yang datangnya beribu orang, usahkan aku yang ada degree ini, yang ada STPM pun marah-marah jadinya. Mana tidaknya, Penat-penat datang dari Besut ke Kuala Terengganu untuk hadir ke Karnival Kerja ini, tetapi hanya ditawarkan kerja Tukang Kebun. 

Lepas itu, kalau di sini nak kerja kerajaan, dah macam kena mengemis gila-gila. Jumpa orang sana sini (selain kerja hospital dan cikgu). Takat nak kerja Gred 17 SPM itu pun kena jumpa Menteri Besar. Apa benda dowh? 


Selepas habis belajar, aku pernah minta kerja Cashier dengan gaji RM1,000 pun tak dapat. Kemuncak aku bengang yang baru-baru ini kakak aku dipindahkan ke Kuala Lumpur. Kerja di sektor swasta bahagian pengkeranian dengan gaji RM1,200 saja. Bayangkan macam mana nak survive di Kuala Lumpur dengan gaji seperti itu? Tambahan pula dia dah nak kahwin bulan November akan datang dengan orang senegeri. Kakak aku dipindahkan sebab dia bukan anak bos. Di sana dari kuli sampailah ke atas, semuanya anak beranak mereka sahaja. Nak tak nak, kakak aku mungkin akan berhenti kerja sekiranya dia tidak dapat dikekalkan di Terengganu. 

Di Terengganu, jangan mimpi nak kerja kerajaan kalau tak ada kabel. Saudara aku yang minta kerja di tempat **** gred 27, siap bawa surat sokongan pun terpaksa mengalah sebab ada seorang bekas penyanyi famous suatu ketika dahulu, kerabat diraja dapat kerja itu. Kau bayangkan, dia artis kerja Gred 27 taraf diploma sebab memang dah tak ada kerja di sini. 

Nasib baik Kuala Terengganu ini tak ada panggung wayang, pusat beli belah, kurang sikit duit habis. Kalau di sini (Kuala Lumpur), jawatan Cleaner pun orang berebut-rebut. Sedangkan di Kuala Lumpur macam dah tak ada rakyat Malaysia yang bekerja sebagai Cleaner. Semuanya orang Indonesia dan Bangladesh sahaja. 

Nanti adalah suara sumbang kata, "Tak apa, asalkan kerja halal semua,". Memanglah kerja halal, semua kerja halal, bukan kau jual dadah arak, jadi GRO ke apa. Faham tak bahawa sekarang ini ramai yang ada degree, master even PHD kalau cari kerja di di Terengganu akan dapat gaji di bawah RM1,000? Nak bayar pinjaman PTPTN lagi, pinjaman Mara lagi, berbaloi ke? 

Aku sedih sebab aku tahu kebanyakan budak-budak Terengganu ini pandai-pandai. Kalau tak, takkanlah selalu negeri Terengganu nombor 1 keseluruhan dalam SPM, UPSR itu semua. Aku sendiri pun lepasan sekolah menengah Top 10 Malaysia. Tapi sayang, kami tidak dapat berbakti di negeri kami sendiri. 

Nanti mesti ada yang kata, "Apa salahnya merantau,". Kau tahu tak bahawa semua orang itu tak sama? Ada yang mak ayah sakit kena jaga. Berapa ramai kawan-kawan aku yang dah berhenti kerja di Kuala Lumpur sebab terpaksa balik ke kampung untuk menjaga mak dan ayah mereka yang sakit? -Kristal | 

0 comment... add one now