Tak Pernah Sambut Birthday, Si Suami Berusaha Bawa Kawan Lama Dan Kek Untuk Isterinya

Ini adalah gambar throwback 26.02.2016. Masa ni birthday Wife aku. Aku bertungkus lumus plan nak celebrate birthday dia. Aku buat simple gila. Masa dia pergi kerja aku uruskan semua hal. Dari makanan sampilah birthday cake dia. Aku dah plan awal. Aku bagitahu family aku esp my parents and diaorang setuju utk buat suprise birthday party ni. So aku berusaha cari kawan-kawan lama dia and BFF dia. Susah juga nak kumpulkan diaorang sebab ada yang duduk jauh sebab study dekat tempat lain-lain. At first aku macam malas nak buat birthday dia ni. Tapi bila fikir balik dia pernah bagitahu aku. "Seumur hidup saya, saya tak pernah sambut birthday" tak ada siapa nak celebrate birthday saya. Since ayah saya sakit tua and arwah pun dah lama meninggal. Tiba-tiba aku tersebak sampai keluar air mata aku ni sebab teringat Ayat dia. 


Masa air mata aku mengalir tu lah aku dapat idea. Aku kena celebrate juga even simple je aku buat. Janji dia bahagia and happy. Masa Hari jadi dia tu dah tiba. Akhirnya, Syukur Alhamdulillah aku dapat kumpulkan kawan-kawan dia and kawan-kawan aku. Once dia masuk pintu rumah aku berdiri pegang cake dia tu and kawan-kawan dengan keliling nyanyi lagi happy birthday.. Simple je suprise birthday ni tapi penuh dengan makna. Nak tahu sebab apa? Satu, sebab aku sebagai suami dia yg plan everything, kedua, kawan-kawan dia yg dh lama tak jumpa.

Harini saja nak post gambar candid. Walaupun banyak lagi gambar yg "cantik-cantik" kita ambil tadi. Sebab wife selalu tegur 'Awak saya nampak gemuk tak' saya gemuk ni lawa ke tak and bla bla. Saya pun jawab awak gemuk macam mana pun awak tetap cantik. Saya post gambar candid awak ni terselah lebar awak tu hehe sorry k. Tapi takpe lepas awak bersalin nanti saya percaya awak kurus balik mcm princess. Apa yg penting baby tu sihat dan sempurna. Love you 


 Diaorang jumpa semula. Itu benda yang buat dia terharu. Aku berusaha juga kumpulkan kawan-kawan dia supaya dia rasa di hargai. Ketiga, kereta dia keluar selepas beberapa hari dari tarikh birthday dia. Alhamdulillah semua berjalan lancar. Ini birthday paling simple tapi penuh bermakna. Dari En suami bertungkus lumus pakat dengan kawan-kawan dia bukan main susah tau. Bila dah berkumpul aku tahu dia akan happy. Tengok muka dia tu happy sangat. Mata dah berkaca-kaca. Baru lah dia terasa di hargai hehe.


Nahhhh kita belanja gambar budak bam bam comel geram dengan ragam dia sekarang. Aktif sesangat. Tapi takpe biar lah Arish aktif cepat belajar dan juga anak yg pandai ya. Selamat Hari Raya Arish comel anak kesayangan papa and mama 


Sayang awak jangan sedih-sedih ya. Even ayah awak dah uzur dan arwah mak dah lama takde. Awak ada family saya. Mama and ayah saya tu lah pengganti mak and ayah awak tau dan saya sebagai suami awak adalah suami yang akan bagi kasih sayang dan cinta saya utk awak. I love you



0 comment... add one now