“Tak Jaja Cerita Cinta Sebab Takut Tak Kesampaian” - Amar

Sebelum ini, status hubungan Amar Baharin dan juga Amyra Rosli sering kali menjadi persoalan malah mereka turut menafikan menjalin cinta. Bagaimanapun, menurut Amar, dia mempunyai sebab tersendiri untuk berbuat sedemikian.



“Saya tidak mahu menjaja cerita tentang cinta kerana takut jika hubungan itu terputus perlu diberitahu kepada media juga. Saya ambil keputusan untuk dedahkan ia selepas tarikh perkahwinan sudah ditetapkan dan pasti,” katanya kepada mStar Online.

Semalam, pasangan ini telah mengadakan sidang media bagi mengumumkan tarikh pernikahan mereka pada 11 November tahun ini dan bakal bertunang pada 22 Julai ini. Menurut Amar, perbincangan untuk lokasi untuk majlis nikah dan resepsi masih belum ditetapkan.

Tambah Amar, hubungannya bersama Amyra mula rapat apabila sama-sama terlibat dalam drama Suamiku Encik Sotong yang akhirnya membawa kepada majlis merisik. Sementar itu menurut Amyra pula, dia tidak kisah berkahwin muda selain menyatakan bahawa Amar memenuhi ciri lelaki idamannya.

“Ya, Amar memenuhi ciri-ciri lelaki idaman saya dan dia serius dalam membawa hubungan kami ini ke peringkat yang seterusnya. Tiada masalah berkahwin dalam usia muda kerana ibu dan mak cik saya juga menamatkan zaman bujang pada umur yang muda. Apa yang penting kita pandai menjaga suami dengan baik,” katanya.

0 comment... add one now