Sufi AF Nafi Bersekedudukan Dengan Teman Wanita

Jika sebelum ini nama Sufi AF terpalit dengan kontroversi berkaitan bekas pengurusnya, kini penyanyi ini sekali lagi dilanda isu yang kurang enak untuk didengar kerana dikatakan bersekedudukan dengan teman wanitanya. Namun Sufi menyifatkan perkara tersebut sebagai fitnah semata-mata.


“Ini semua fitnah. Tak mungkin kami tinggal bersama. Namun, saya tidak menafikan dia pernah menumpang di rumah saya selama beberapa hari. Waktu itu kami bukan berdua-duaan, tetapi turut disertai beberapa pekerja saya yang juga saudaranya”

“Saya tidak melakukan perkara itu. Sebagai seorang Islam, saya masih tahu batasan agama. Memang kami sudah mengenali antara satu sama lain sejak di Singapura lagi. Saya sendiri tidak faham kenapa ada pihak yang ingin membangkitkan isu ini”

“Kami bekerja di restoran yang sama, jadi kadang-kadang kalau pulang dari restoran lewat malam, tidak mungkin saya akan membiarkannya pulang bersendirian,” jelasnya.

Tambahnya kepada Harian Metro, antara faktor yang mungkin menyebabkan perkara berkenaan timbul adalah kerana mereka sudah lama berkenalan selain turut rapat sekaligus menimbulkan salah anggap sesetengah pihak.

0 comment... add one now