Selasa, 26 Julai 2016

Shikin Maembong Sahkan Sudah Bercerai Dengan Chef Riz

Setelah diasak dengan pelbagai persoalan,akhirnya kakak kepada pelakon Emma Maembong  itu mengesahkan beliau sudah bercerai dengan Chef Riz sekitar bulan Jun lepas.

Shikin menyifatkan penceraian itu berlaku kerana mereka sudah tidak ada jodoh dan enggan mendedahkan punca sebenar mereka berpisah.
Saya tahu, ia sudah lama menjadi persoalan ramai. Jadi saya mahu mengesahkan bahawa kami bukan lagi pasangan suami-isteri. Sebab apa bercerai? Biarlah hanya kami dan keluarga yang tahu. Mungkin saya dan Riz tiada jodoh.

Walaubagaimanapun, mereka masih lagi mengekalkan hubungan yang baik demi anak mereak Putri Arianna Natasya.
Alhamdulillah, saya dan Riz masih lagi berbaik. Lagipun, Arianna memerlukan ibu dan bapanya. Kami tetap menjaga Arianna sebaik mungkin walaupun sudah berpisah.
Selain itu, saya turut bersyukur kerana memiliki keluarga yang sentiasa memberi sokongan moral. Saya juga masih baik dengan keluarga mentua.
Chef Riz dan Shikin Maembong mendirikan rumah tangga pada 5 Disember 2014.

Tiada ulasan:
Write ulasan