Shahir Mohon Yang Terbaik Dalam Hubungan Dengan Erra Fazira

Selepas beberapa pendedahan menerusi kenyataan yang dikeluarkan mengenai status hubungan cinta mereka, Shahir dan Erra Fazira dilihat begitu terbuka mengenai perkara berkenaan sehingga pelbagai spekulasi dikaitkan dengan mereka. Namun begitu, Shahir akui bahawa dirinya bimbang jika sikap keterbukaan mereka mengundang pandangan negatif.



“Dalam hal ini. bukan saya tidak mahu membuka mulut memberikan jawapan. Masalahnya, apabila sesuatu keadaan itu terlalu digembar-gemburkan, maka wujudlah pelbagai tanggapan. Kami dilihat seperti menjaja cerita pula, sedangkan belum ada apa-apa perkembangan pun. Kenyataan saya selama ini hanyalalah untuk menjawab spekulasi kami sahaja”

“Saya juga tampil mengesahkan status hubungan kami kerana Erra saja yang selama ini menjadi sasaran. Saya harus turut bertanggungjawab tetapi selepas pendedahan itu, ramai pula yang melihat seolah-lah majlis bertunang sudah dirancang dan hubungan kami sudah seperti sudah pasti akan ke jinjang pelamin,” katanya kepada Berita Harian Plus.

Bagaimanapun, Shahir melihat pelbagai spekulasi mengenai hubungan cinta mereka seperti bakal bertunang selepas sambutan Aidilfitri ini sebagai satu doa daripada peminat mereka. Walaupun masih tiada berita gembira yang boleh dikongsikan, namun bagi Shahir cukuplah orang ramai mengetahui status hubungan mereka yang sedang rapat

0 comment... add one now