Header Ads

Setiap Hari Aku Dengar Abah Maki Diri Sendiri

Aku, seorang pegawai kerajaan. Alhamdulillah, Allah kurniakan rezekinya untuk aku pulang ke tanah air setelah beberapa kali merantau disebabkan pekerjaan. Dan impian ini termasuk dalam salah satu wish list. Memang aku sudah berniat, sekiranya aku dapat pulang ke hometown, aku akan cuba menjaga mak abah dengan sehabis baik .Malangnya, sejak akhir2 ini, aku rasa aku gagal melaksanakan tanggungjawab sebagai seorang anak.

Kisahnya begini….

Seperti kebanyakan warga emas yang lain, ayahku menghidap penyakit 3 serangkai. Sejak mudanya, menurut makcik, memang abah suka mencaci maki diri sendiri. Caci makinya kian menjadi2 sejak akhir2 ini lebih2 lagi apabila tahap kesihatannya makin menurun. Abah suka menyalahkan takdir. Paling aku tak tahan : 'Abah akan kata, aku dah solat, doa banyak2 pun badan tak baik2, x kaya2/ B_ D_H lah badan ni, lemah je/ Orang lain makan rasuah, ada yang minum arak, x solat tapi bertambah kaya lagi, buat penat je solat bagai.

Bila dengar je perkataan macam tu, disebabkan aku betul2 tak tahan, mulalah keluar tazkirah dari mulut aku. Tapi memang dalam situasi macam tu, dah xde dah nasihat istilah berlembut2. Biasanya kaedah aku bertukar jadi perli2, tinggi suara dan keras2. Sebab bagi aku, abah umpama menyalahkan Tuhan. Bila aku cakap macamtu, abah aku kata, dia cuma salahkan diri sendiri dan bukan marah ahli keluarga dan Tuhan.

Sebenarnya, boleh dikatakan hari2 aku dengan caci dan makian abah aku terhadap dirinya sendiri dan memang ia memberi kesan kepada emosi orang sekeliling. No wonder, mak aku semakin umurnya meningkat, suaranya juga makin tinggi. Mungkin disebabkan tekanan emosi. Kalau orang x faham, mesti orang ingat mak aku isteri kurang adab sebabnya ton suaranya monopoli ton suara abahku. Sebenarnya, tonnya bertukar bilamana abah aku selalu 'provoke' kami. Aku selalu bertegang urat dengan ayah aku. Paling aku benci ,aku perasan diriku menjadi seorang yang keras hatinya, pemarah terhadap keluarga sendiri, kurang suka berinteraksi dan kurang empati dengan keluarga sendiri.

Pernah sekali tu, abah bising2 dalam kereta bila jalan raya sesak. Katanya, "Tak faham betul, kalau kita keluar je mesti orang ramai" ( Tak logik kan pendapatnya) . Selalu juga dia akan mengangkat tangan dan memaki orang yang memandu kereta cara berbahaya. Aku benar2 tak suka caranya. Serabut aku memandu kereta. Disebabkan tak tahan, memang pernah aku cakap " Abah kalau bising2 macam ni, Abah boleh turun dari kereta, Serabut otak .Ganggu kosentrasi ( Memang aku pulak dah bereaksi agak melampau) . Dan sepanjang perjalanan aku akan diam disebabkan marah. Ataupun reaksi aku, aku akan cuba memandu dengan laju2, atau langgar lubang/bumper untuk tambah lagi kemarahan abah aku.

Aku masih bujang. Umur hampir 30 an. Sebenarnya, apa yang menajdi kerisauanku sekiranya bakal jodoh aku (Inshaallah satu hari nanti )tahu aib keluarga aku. Aku selalu berniat agar keadaan keluarga aku berada dalam keadaan tenang dahulu sebelum aku mendirikan rumah tangga aku sendiri. Maksud aku, aku mahu keluarga aku yang sedia ada ini baik dulu situasinya sebelum aku mendirikan sebuah lagi keluarga. Moga Allah bagi insan yang boleh terima buruk baik aku dan keluarga seadanya.

Keadaan ini buatkan aku rasa kurang bahagia. Dan aku kerap terfikir2, Kalaulah aku mati nanti, tempat manakah aku, sebab aku dah berkasar dengan keluarga sendiri.

Buat kawan2 pembaca, apa tips2 korang untuk aku bertindak secara bijak menghadapi abahku yang kurang sabar ni?.. Aku pun risau kalau aku mewarisi sikapnya.. Ni pun dah ada dah sikit2.. Nauzubillah.. Wahai daku, jangan jadi anak derhaka yang kata2nya mengguris hati orang tua. Kerana sejak akhir2 ni aku asyik terdengar peringatan, Redha hidup anak terletak pada Redha orang tuanya…

P/S : Tolong doakan kesabaran yang tinggi buat aku.

Tiada ulasan

Dikuasakan oleh Blogger.