Sabtu, 23 Julai 2016

Selama 9 bulan mengandung aku diterajang dicekik ditumbuk ditampar.....

Mereka ketawakan aku perlekehkan aku sebabkan aku sedih dan kecewa untuk anak aku.. 😊Memperlekehkan hati seorang ibu.. Selama 9 bulan mengandung aku diterajang dicekik ditumbuk ditampar. Selama itulah aku sabar tak mengadu kepada sesiapa walau ibubapa aku jua tak tahu. Aku hanya senyum. Menangis di belakang senyuman. Dan mereka? Tertawakan.. Tiada hati.. Iblis.

Jangan tanya pasal lawyer & so on. Selama sebulan aku beri tempoh untuk settle secara damai. Meminta untuk dilepaskan secara baik. Tetapi? Aku diugut untuk gantung tak bertali. Aku dimaki hamun katakan aku bodoh. Dan pelbagai lagi kalau aku nyatakan disini boleh buat novel bersiri.


Orang kata, baik berpada pada. Menyesal aku baik tak berpada pada. Kononnya fikirkan dia seorang bapa kepada anak.

Aku tak malu post semua keburukan aku disini. Aku bukan sesiapa. Aku cuma Ayu. Tak ada siapa peduli. Di facebook sahaja tempat aku kumpul semangat.

KEMPEN " FIGHT FOR FATTEH - Kembalikan hak penjagaan bayi kepada ibunya "

Bermula hari ini segala ikhtiar sedang digerakkan melalui saluran undang-undang Syariah setelah usaha yg lebih diplomasi bagi menutup aib keluarga masing-masing bukan sahaja ditolak mentah-mentah malah disulami pula dengan kata-kata fitnah, nista serta berbaur ugutan kerana mereka merasa diri mereka lebih kaya, lebih Islam dan lebih besar dari hukum Allah. Kami yakin,

Masih ramai manusia di luar sana yg tidak boleh disogok dgn wang ringgit...

Masih ramai cerdik pandai di luar sana yg ilmu agamanya bukan untuk dijual beli....

Masih ramai insan di luar sana yg bijak menilai baik buruk duduk perkara....

Kebenaran pasti terbukti, Kejahilan pasti tersingkap...

ANDA boleh like, share berserta memberi Dalil Mengapa " KEMPEN FIGHT FOR FATTEH - Kembalikan hak penjagaan bayi kepada ibunya " mampu memperolehi kejayaan dan seterusnya meletakkan taraf seorang ibu ditempat yg sepatutnya.... Insyallah,
Doa kan kami..

ALLAH KAN ADA.






Assalamualaikum semua! Saya tahu tentang status saya semalam dah ramai yang salah sangka. Memang ada yang memihak ke pihak sana dan memihak di pihak saya. Saya mengaku untuk apa yang saya update semalam secara tak sengaja aibkan keluarga sana.. Tapi, itu yang dia cabar saya 😊 Keep on berkata "Mereka tak tahu apa apa boleh lah cakap" "Isteri tinggalkan aku sebagai suami & anak tak pedulikan kami" "Dia suka buka aib sendiri" "Dia perangai buruk" Teruskan.. Kan saya dah kata.. Saya bukan siapa siapa. Saya hanya Ayu. Sejujurnya, ini yang jadi. Saya beri tempoh selama sebulan untuk bercerai cara baik. Bersabar selama sebulan untuk tak tidur bersama Fatteh. Kuat semangat untuk hanya JUMPA Fatteh dalam 1-2 jam. Merayu menangis mengemis anak sendiri minta duduk bersama. Masih cuba sabar bila Fatteh disusukan orang lain. Masih cekal difitnah antara sedara mara katakan saya ni isteri tak guna, tak sedar diri, ada lelaki lain. Dan end up, "Aku akan pastikan dia takkan ceraikan kau biar kau gantung tak bertali sampai tua". Dan saya masih bersabar? Kalaulah semua tahu kat mana tahap kesabaran saya. Selama 9 bulan dipukul. Didalam pantang pula diberi tekanan mental oleh sekumpulan tanpa ada mak bapak adik beradik, hanya Fatteh semangat saya waktu tu. Dan Fatteh dipisahkan dengan saya SEHARI SUNTUK sehari sebelum saya larikan diri. Kalaulah semua tahu apa saya rasa, on your first day kena, I'm sure, more than what I've done today you will do. "Saya dah berubah" "Saya dah baik" "Saya beri nafkah blablabla" "Saya kemaskan rumah"

Ye. Awak buat. Selepas saya minta cerai. Dan selepas saya dah taknak apa apa. That's the point. Mereka sendiri kata saya ni bodoh, perempuan gila, babi, sial, dan awak? Berdiri. Tak bersuara. 😊 Dan minta saya bersabar? Dan diam? Dah. Dah buat dah.. Nak saya reveal lagi? Awak bersumpah demi Allah depan counselor tak pernah pukul saya. Itu. Itu benda yang paling saya ingat dan takkan lupa sampai mati. Tak akan. Dan saya layak bersabar lagi? Allah. Saya ni manusia bukan malaikat. Kalaulah saya malaikat.. "Tengok. Mana isteri aku? Tengok anak aku. Mana mak dia? Tinggalkan dia" Pembetulan. Tak tinggalkan. Saya larikan diri untuk selamatkan diri dari jadi gila duduk dengan awak dan ditekan tekan mereka. Saya masih dalam pantang waktu tu. Dan apa yang awak semua buat kat saya? Dan saya minta cerai cara baik. Awak ketawakan saya.. Awak perlekehkan saya.. "Aku suami, kau siapa? Kuasa kat tangan aku" Mereka perlekehkan saya "Aku ada kuasa. Nama aku besar. Aku ada duit. Dia tu siapa je?" Saya bukan sesiapa. Saya hanya Ayu. Ayu. Ayu yang nakkan anak dia. Fatteh.

Mungkin awak akan cerita awak pukul saya sebab saya tak kemas rumah. Saya tak kisah. Sebab waktu tu saya mengandung. Dan saya mabuk teruk. Sedangkan esok nak beranak, malam tu masih muntah. Awak sendiri nampak.. Tapi awak takde perikemanusiaan pun. Saya muntah, saya tak larat nak kemas rumah, awak cuma cakap "Apasal rumah bersepah ni?" Sedangkan awak pinggan 1 biji pun tak basuh. Yang awak makan sendiri tu. Apa lagi buruk saya? Tak cukup ke saya ambil hati family awak selama ni? Saya takkan ungkit kebaikan saya buat. Biarkan awak dengan family jelah yang tahu. Saya takkan ungkit macam awak ungkit.. Saya dah sehabis baik ambil hati awak.. Saya tahu saya pergi kerja cantik cantik. Jadi saya sendiri dengan inisiatif pakai cantik cantik kat rumah untuk tatapan awak.. Saya tahu dalam pantang nampak pucat & lesu. Saya terus pergi salon waktu dalam pantang, potong rambut & colour rambut semua saya niatkan untuk goda awak.. Tapi? Bila orang hamun saya.. Katakan sebab rambut saya ni syaitan yang akan iringi waktu saya mati, awak cuma diam.
 Awak langsung tak berdiri untuk saya. Awak biarkan mereka. Seolah olah saya layak diperlakukan sebegitu. Itu dah cukup pedih. The last thing I hope from you is you'll stand with me. And this is bullshit.

‪#‎FightForFatteh‬


AYU AZIZ 

Tiada ulasan:
Write ulasan