Isnin, 25 Julai 2016

'RM10,000, Kenapa Ayah Letak Hantaran Tinggi Sangat?'

Aku nak cerita tentang hantaran kahwin. Untuk permulaan, aku lelaki dan aku ada adik perempuan. Nak dijadikan cerita, teman lelaki adik aku pula adalah kawan aku sendiri. Tetapi aku okay sebab kawan aku bukanlah teruk sangat perangainya dan aku yakin dia boleh menjaga adik aku.



Satu hari yang hening, jodoh adik aku sampai dulu. Mereka pun bertunang dan parents aku atau lebih tepat ayah aku telah menetapkan hantaran RM10,000.

Bagi sesetengah orang, mungkin RM10,000 itu sikit. Tetapi bagi aku dan kawan aku itu, RM10,000 itu terlalu banyak memandangkan kami baru mula bekerja.

"Ayah, kenapa letak hantaran tinggi sangat?" tanya aku pada ayah.

Tetapi ayah hanya mendiamkan diri dan membalas dengan senyuman.

Kemudian, tibalah hari pernikahan. Bila sudah selesai semua majlis, barulah aku tahu yang ayah cuma ambil RM5,000 dari duit hantaran untuk buat belanja kenduri. Yang mana tak cukup, ayah aku top upkan. Lagi RM5,000, ayah berikan kepada adik aku dengan suaminya.

"RM5,000 ini, terpulanglah pada kamu berdua nak buat apa," pesan ayah kepada mereka.

Puas aku berfikir kenapa ayah buat begitu. Kemudian aku bertanyalah pada mak sebab aku segan nak bertanya pada ayah.

"Ayah kau cuma nak tengok kesungguhan suami adik dalam perkahwinan. Kalau dia bersungguh mencari duit untuk bernikah, inshaAllah si suami akan bersungguh-sungguh mencari rezeki selepas nikah.

"Keperitan mencari duit untuk kahwin adalah langkah pertama menghadapi dugaan kahwin," jelas mak.

Jadi apa yang aku belajar, adakalanya kita kena tengok dari sudut orang tua kita. Cara mereka menilai, dan bukan semua orang tua nak jual anak. Aku berbangga dengan mak dan ayah aku yang bukan jenis mengejar duit hantaran. - Putra Confession

Tiada ulasan:
Write ulasan