Ahad, 31 Julai 2016

Reaksi Mat Salleh Terhadap Selebriti Lelaki Malaysia

JIKA sebelum ini Mynewshub ada kongsikan video memaparkan reaksi orang Korea terhadap selebriti wanita tanah air, kali ini kita tengok pula komen penduduk Amerika Syarikat tentang selebriti lelaki popular tempatan.

Antara selebriti popular yang ditunjukkan kepada mereka ialah Wak Doyok, Awal Ashaari, Nazim Othman, Izzue Islam dan Shaheizy Sam.
Berdasarkan kepada reaksi responden berkenaan dapat disimpulkan kesemua mereka cukup mengemari posting yang dimuat naik Wak Doyok menerusi laman Instagramnya selain cukup berkenan dengan gaya berpakaian yang diketengahkan oleh ikon fesyen tersebut.
Mereka juga sukakan segala feed yang ditunjukkan Awal malah ada yang secara berseloroh kata sanggup jadi ibu tiri kepada Lara Alana kerana geram melihat kecomelan si kecil itu.
Jika Izzue dan Sam sangat diminati di Malaysia, mereka pula berfikiran sebaliknya dan rata-rata tidak sukakan dua hero pujaan Malaya, tidak seperti mana peminat tempatan.
Apa-apa pun layan je video ni ok, kita lihat pula apa tanggapan dorang terhadap selebriti Malaysia yang kacak-kacak semuanya ini! 

Tiada ulasan:
Write ulasan