Selasa, 26 Julai 2016

Punca Kenapa Isteri Pertama Adi Putra Tidak Tahu Dirinya di poligami

 Adi enggan berkongsi reaksi isteri pertamanya, Aida Yusof, 41 berhubung berita perkahwinannya itu namun menjelaskan wanita berkenaan maklum tentang hasratnya itu.

Jelas Adi, Aida memberi kenyataan tidak tahu mengenai perkahwinan itu sebelum ini kerana menjaga amanah memandangkan penjelasan itu adalah tanggungjawabnya dan bukannya isterinya itu.



"Tentang reaksi isteri biarlah saya dan isteri sahaja yang tahu kerana jika saya kongsi ia akan membawa kepada perkara lain pula selepas ini.

"Aida ketika ditanya memberi jawapan tidak tahu perkahwinan saya kerana memegang amanah untuk saya jelaskan.

"Jika dia memberitahu mengetahuinya ia akan menimbulkan lebih banyak persoalan dan spekulasi," katanya.

Smentara itu, Adi berkata, buat masa ini kedua-dua isterinya masih belum saling bertemu dan menganggap masih terlalu awal untuk berbuat demikian.

Malah kata Adi, dia masih dalam peringkat membiasakan diri hidup berpoligami.

Tiada ulasan:
Write ulasan