Isnin, 18 Julai 2016

Persaraan Pemain JDT Dikritik, Pendrive Ini Bukti TMJ Sedia Dedah ‘Kepincangan’ FAM…Checkmate?

Sejak minggu lalu isu tentang persaraan empat pemain bolasepak Johor Darul Takzim (JDT) dari mewakili pasukan kebangsaan terus diperdebatkan. Terbaru, bekas pemain bola sepak membidas persaraan tersebut sebagai tiada patriotisme dan lebih teruk dari ‘pemain kampung’.

Terbaru Tunku Mahkota Johor (TMJ) tampil membidas kenyataan tersebut sambil menunjukkan satu ‘pendrive yang dikatakan bukti segala aktiviti FAM selama ini. Checkmate?

30 tahun korupsi

JANGAN DIAJAK PENEMBAK TEPAT PERGI MENEMBAK
Anda memberi komen tentang pemain yang bersara dan membuat kenyataan seolah-olah mereka tidak pernah berkhidmat dan mencapai kejayaan bersama pasukan kebangsaan. Apa yang susah sangat untuk menghormati keputusan mereka? Satu perkataan sahaja yang anda harus katakan tentang mereka atau kepada mereka iaitu ‘terima kasih’.
Terima kasih atas pengorbanan mereka selama ini. Itu sahaja. Usah tunjuk kepada saya dan generasi sekarang yang anda semua sebagai orang lama susah hendak menerima bahawa masa dan dunia ini telah berubah. Apa yang pelik adalah anda semua boleh terima selama ini dan sanggup mempertegakkan 30 tahun korupsi dalam Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM).

Bukti ketirisan?

Ini adalah ‘pendrive’ diberikan kepada saya oleh sahabat-sahabat saya yang berkedudukan tertinggi di Kuala Lumpur berkenaan maklumat dan aktiviti dalam FAM, ketirisan penjualan tiket perlawanan akhir Piala FA dan Piala Malaysia, orang-orang media yang FAM selalu gunakan termasuk bekas-bekas pemain di Malaysia, duit-duit kelab yang diambil oleh FMLLP dan diberikan kepada FAM serta laporan audit yang merepek.
Mungkin sudah sampai masanya untuk penyokong bolasepak tanahair melihat dan menilainya sendiri. Saya mempunyai seorang komander di India yang pernah berkata, ‘jangan diajak penembak tepat pergi menembak’.
Akhir sekali, saya ingin mengingatkan, duit rakyat sepatutnya digunakan untuk rakyat sahaja. Bukan untuk bolasepak dan kepentingan politik. Sila selesai isu gaji pemain yang sudah lama tidak diselesaikan.
HRH Brigadier Jeneral Tunku Ismail Ibni Sultan Ibrahim, Tunku Mahkota Johor
Agak-agak bukti apa lah yang ada dalam pendrive tu ye? Pastinya ada pihak yang tak senang duduk sekarang. Terdahulu empat pemain JDT yang bersara ialah Safiq Rahim, S.Kunanlan, Amirul Hadi, dan Aidil Zafuan.

Tiada ulasan:
Write ulasan