Isnin, 25 Julai 2016

Permainan Pokemon Go Yang Anda Tidak Pernah Lihat Ini Pasti Mengusik Jiwa

Pokemon Go dah mula jadi fenomena apabila dapat bermain game menerusi telefon pintar dengan menggabungkan realiti dan fantasi. Dalam masa yang sama kebelakangan ini tersebar banyak gambar kanak-kanak Syria memegang gambar karaektor Pokemon Go.

Kanak-kanak di medan perang pun ikuti Pokemon Go? Jika itu yang terlintas di fikiran anda, saya mohon anda baca dan lihat ini sampai habis.
Mereka bukan bersuka ria dengan kemunculan Pokemon Go seperti mana yang berlaku di negara-negara yang telah menerima aplikasi tersebut.
Jika pemain Pokemon Go menunduk sambil berjalan mencari Pokemon Go, kanak-kanak Syria ini pula ingin jadi Pokemon Go. Mereka mahu anda mencari dan menjumpai mereka.
Setiap gambar kanak-kanak Syria itu membawa satu harapan besar dan suara hati yang mahukan keamanan. Mereka mahu anda selamatkan mereka dari kancah peperangan. Mereka mahu anda membantu mereka menghadapi kehidupan ini.
“I am here, come save me”, itulah ayat yang wujud di dalam setiap gambar kanak-kanak Syria yang memeluk gambar Pokemon Go. Selain itu turut dinyatakan negeri dan lokasi kanak-kanak tersebut.
I am in Kafr Nabl on the outskirts of Idlib, come and save me.
I am in Kafr Zeta, save me.
Pasti anda tertanya-tanya juga siapakah orang di sebalik gambar-gambar ini. Menurut media Independent UK, ia dipos oleh Revolutionary Forces of Syria Media Office (RFS), iaitu media yang bekerja menyebarkan mesej orang Syria yang menentang regim Bashar al-Assasd






urucakap RFS menyatakan tujuan gambar-gambar ini diterbitkan agar masyarakat dunia tahu kesengsaraan orang Syria yang menghadapi serangan bom dari regim tersebut sehingga ada yang terbunuh dan cedera.
Tambahan pula, ia diterbitkan selepas lebih 50 orang awam Syria yang majoritinya adalah wanita dan kanak-kanak terbunuh di dalam serangan udara di utara Syria baru-baru ini.
Ia juga bagi mencetuskan satu kesedaran di mana orang lebih beri perhatian terhadap aplikasi permainan berbayar berbanding nasib orang Syria yang menempuh peperangan sejak 2011. Beratus ribu telah mati dan meninggalkan tanah air.
Moga tekanan masyarakat dunia terhadap regim Assad dan jet Rusia dapat menghentikan pembunuhan ini, dapat mengurangkan kesengsaraan ini, dan dapat merasai semula keamanan yang telah lama pergi dari bumi Syria.
Jurucakap RFS:
Syrian children are victims of the war and the brutal and indiscriminate attacks that are carried out on a daily basis by regime and Russian jets. The Syrian children are paying the price for the international inaction to stop the Assad killing machine.
Unicef menganggarkan 35,000 kanak-kanak terperangkap di bandar Manbij, Syria semasa berlaku serangan udara.
Selain RFS, ada seorang jurugambar turut menggunakan Pokemon Go untuk tujuan yang sama. Ia dimuatnaik di Facebook oleh Moustafa Jano.








KREDIT : THE VOCKET

Tiada ulasan:
Write ulasan