Sabtu, 2 Julai 2016

Pensyarah Kolej Matrikulasi Maut Kemalangan Di Lekas

SEREMBAN – Seorang pensyarah Pendidikan Islam, Kolej Matrikulasi Negeri Sembilan di Kuala Pilah, Zaib Ngah, 53, maut selepas kereta Toyota Wish yang dipandunya melanggar belakang sebuah lori di KM41.8, Lebuhraya Lekas berhampiran Taman Markosa di sini awal pagi tadi.

Pegawai operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Seremban, Afizal Omar berkata bomba menerima panggilan pada 7.15 pagi mengenai kejadian itu dan setelah sampai di tempat kejadian mendapati seorang lelaki tersepit di tempat duduk pemandu.

“Pemeriksaan mendapati mangsa cedera parah di kepala serta badan dan telah meninggal dunia di tempat kejadian. Bomba mengambil masa kira-kira 10 minit untuk mengeluarkan mangsa yang tersepit di tempat duduk. Mayat mangsa kemudian dihantar ke Hospital Tuanku Jaafar, Seremban untuk bedah siasat,” katanya.
Pensyarah Kolej Matrikulasi N.Sembilan Maut Kemalangan Di Lekas
Sementara itu, menurut seorang rakan mangsa yang ditemui di tempat kejadian, Salwa Anita Isa yang bertugas sebagai Ketua Jabatan Sastera Ihktisas di kolej sama, mangsa yang tinggal di Banting, Selangor telah lima tahun berulang-alik dari rumah ke tempat kerja. – BERNAMA

Tiada ulasan:
Write ulasan