Penjelasan Sebenar Suhaimi Saad Isu Tiada Sofa,Peti Ais Dan Mesin Basuh

Minggu ini kecoh kononnya Suhaimi Saad Dera Isteri. Nah Penjelasan Beliau


TIADA MESIN BASUH 





Memang saya tak ada mesin basuh sejak 5 tahun yang lepas.(itu pun nak screenshot dan buat isu ke) Sebab apa? Sebab 'mesin basuh saya' ada di mana mana saja.24 jam lagi. Memanglah mesin basuh tu keperluan.tapi keperluan setiap orang tak sama.bukak minda tu. Orang yang tak puas hati dengan cucian mesin,tetap akan basuh guna berus.ok la,itu pilihan dia.tak payah nak kecoh kecoh. Saya,ina dan anak anak guna banyak pakaian setiap hari.kerja dan kesibukan hidup membuatkan kami perlu bergerak cepat dan pilih cara yang paling mudah dan sesuai dengan hidup kami. Kalau saya guna mesin basuh biasa,berapa jam nak cuci,berapa jam pulak nak dry,berapa hari nak tunggu kering dan tahun bila pulak nak pakai baju pergi show dan 'mintak sedekah'? Betul tak? So,inilah rutin mingguan saya.jarang sangat saya suruh ina yang dobi baju.sebab saya pun sayang isteri saya macam orang lain. In sya Allah saya belum gila lagi nak paksa dia cuci baju guna tangan. Tapi bukanlah bermaksud kami ni mengaku zuhud. Itu ayat orang orang yang tak bertanggungjawab,suka tengok orang berkelahi. So,kalau tak tau cerita..tanya.jangan pandai pandai reka cerita cerita baru sampai viral satu alam :) Salam Mesin Basuh dari saya,

TIADA PETI AIS 


Alhamdu lillah, Sambil sambil reply komen2 kat fb tu,siap jugak 'sambal terung ss'. Abang abang kat rumah tu pun kena try dan tolong masak untuk wife dan anak anak. Mesti diorang suka. Paling best kat rumah ni,siapa yang masak,dia tak payah jaga anak dan basuh pinggan :) Apa pun,saya suka latih isteri dan anak anak habiskan makanan.itu pun satu sunnah nabi.membazir tu pun amalan syaitan. Sebab tu lah 10 tahun bernikah,rumah saya tak pernah ada peti ais.bukan tak mampu.tapi tak mahu.tak suka amalkan simpan simpan makanan. Saya suka keluarga saya makan makanan yang bersih dan segar. Tak kiralah ikan ke,daging atau sayur. Semalam,saya sempat 'beraya' di rumah sorang tukang urut di Klang. Walaupun dah berumur,suami isteri masih sihat dan nampak muda daripada usia sebenar. Saya tanya apa rahsia mereka sihat dan nampak muda? Wak tu jawab : 1.buat apa pun,nak bangun ke,nak duduk ke,nak mula setiap langkah tu,ingat Allah dan banyak banyak sebut nama Allah. SubhanAllah,alhamdu lillah,Allahu Akbar. 2.jangan amalkan minum ais/air batu.syabu lagi la..hahak (Ini bukan saja baik untuk suara,tapi juga untuk kesihatan jangkamasa panjang. Kalau dah ada peti ais,susahlah nak kawal keinginan nak minum ais tu kan. Sebab tu saya tak beli peti.kalau teringin nak minum atau ada orang datang ziarah,baru beli.) 3.Amalkan beberapa senaman. Wak tu siap bangun dan tunjukkan senaman senaman tu pada saya dan Ina.hehe 4.jangan amalkan makan ubat ubatan klinik dan hospital.(kata Wak) Jangan amalkan..kalau terpaksa,apa boleh buat.. 5.Tidur sekali je setiap hari. Saya tanya,tidur sekali? Wak : faham tak? Saya : tidur sekali dengan bini ke? Wak : hahahha..bukan,maksud tidur sekali sehari ni..kalau kita tidur malam tu,bila dah terjaga waktu pagi atau siang,jangan tidur semula.terus bangun.kalau kita tidur semula,itu dah jadi dua kali tidur.kata Wak... Terung ni,Wak tu la yang hadiahkan. Terima kasih wak.murah reteki Wak,amiin Takde PETI AIS,jimat letrik.

'Walaupun suami Na dikecam,tapi Na tetap sayang' (sambil menghulurkan mangkuk Mee Bandung)


TIADA SOFA 


Ada orang yang bertanya pada saya,kenapa rumah takde sofa,itukan keperluan. Ini jawapannya.. Sejak 2009,rumah saya juga merupakan kelas mengaji Al Quran bagi anak anak jiran di sekitar rumah. Rumah yang dihiasi dan dibacakan ayat ayat AlQuran di dalamnya akan terlihat bagaikan bintang bintang oleh penduduk langit. Macam kita tengok bintang dari bumi. SubhanAllah.. Kalau dah rumah penuh dengan sofa dan perabot bagai,dah pelik pulak budak budak ni nak mengaji atas sofa. Raja pun tak buat kot :) Lain la u all,rumah besar macam istana.. Lagi pun,duduk di bawah ni adalah adab menuntut ilmu.sunnah juga. Begitu juga bila waktu makan atau ada ramai tetamu yang datang.nampak tak adil pulak bila ada yang duduk di atas,ada pulak yang terpaksa duduk di bawah.kan? Saya ambil berat perkara ni.sesetengah orang tak fikir pun. Bila semuanya duduk di bawah,maka apa pun darjat dia,artis ke,arnab ke,kita akan rasa kita ni sama je dengan orang lain. Itu kaedahnya. Sesetengah orang,sesetengah ya.beli sofa untuk tunjuk pada jiran.lepas tu tumpah makanan dan kopi,dah nak kena basuh,kena tukar dan sebagainya.saya pulak ada anak kecik.so saya elakkan. Ustad pesan,kalau kita tak mampu nak amalkan semua sunnah,jangan tinggalkan semua. Paling penting,jangan persenda atau perlekehkan orang yang nak belajar amalkan sunnah.berdosa tau. Oklah,esok saya cerita bab lain pulak ye.tunggu..

SAYA BUKAN USTAZ


Dah lama saya perhatikan satu sikap masyarakat kita ni.
Khususnya orang melayu,islam.
Memang pelik dan menyedihkan.
Pelik pelik cara hidup saya ni pun,saya tak suka cari pasal dengan orang.
Kalau saya tak suka seseorang tu,saya akan diam atau cakap dalam hati je.paling paling mood baik sikit,saya akan doakan dia mudah mudahan dia jadi lebih baik.
Sebab saya sedar semua orang pun buat silap dan ada kefahaman masing masing.ada cara dan pilihan sendiri untuk hidup.
Tapi peliknya sesetengah manusia ni.tak suka,tak minat,benci,meluat,tapi ada pulak masa,tenaga dan kesungguhan untuk cari dan perah otak fikir,tulis dan berkelahi dengan orang.
Padahal kenal pun tak,kadang kadang cerita yang dia dengar tu pun entah soheh ke tak pun tak tau.tapi bila baca orang marah,dia pun marah.orang maki,dia pun nak jugak maki.orang sindir,dia pun gigih nak menyindir orang.
Allahu Akbar!
Dia terlupa,Allah Maha Melihat,Allah Maha Tahu,Maha membalas setiap potong ayat yang dia taip tu.
Dia ikutkan nafsu sampai terlupa ada malaikat di kiri dan kanan yang mencatat setiap tulisan dan perbuatan dia.
Dia lupa bahawa dia pun ada keluarga,suami,isteri,anak,adik,kakak dan kawan kawan yang Allah boleh uji dan timpakan cubaan serupa atau lebih buruk daripada orang yang dia kata dan kutuk tu.
Kalau anda kenal,saya ni seorang yang lembut dan sopan.. (sopanlah sangat)
Saya bukan orang yang suka berkelahi atau biadab dengan orang lain samada kenal ataupun tak.
Tapi ingat,saya juga manusia.ada perasaan,ada buat ada kekurangan,ada masa saya juga lemah dan tidak sabar.
Jangan paksa saya jadi orang seperti kalian.
Lebih menyedihkan,yang duk jadi keyborad worrier ni,bukan saja orang yang tak berapa faham agama,yang tak tutup aurat dan hisap rokok saja..
Tapi yang bertudung,berkopiah dan ada ustaz ustazah pun Ikut terjebak sama.
Seolah olah keluarga dan rumahtangga dia tu dah baik dan semuanya sempurna.
Allah Allah..
Kesian.
Terus terang,Inilah salah satu faktor kenapa saya tidak mahu hantar anak anak saya ke sekolah.
ilmu ada,kelulusan tinggi,tapi akhlak dan bahasa,na'udzu billah..
maaf,itu pandangan peribadi saya..nak kecam,kecamlah.(Ada aku kesah)
Ok cukup sampai situ.
Pesanan saya,kalau nak follow,follow lah.kalau nak komen,komenlah..tapi janganlah ikut budaya suka mencari cari salah orang,suka bersangka buruk,suka buat fitnah dan menyakitkan hati orang dengan komen komen kita.dah la datang tak diundang :)
Tapi pada yang komen dengan baik,doakan saya dan keluarga tu,saya ucapkan terima kasih banyak banyak.saya doakan kalian.barokAllahu fiikum
Ingatlah,dunia ni sementara je.akhirat tu panjang.menyesal panjang nanti bro..
Hiduplah dengan positif dan rasa kasih sayang.kita ni semuanya bersaudara.
So,sangka baik,berfikirlah secara positif dan tulis dan tegurlah dengan adab dan penuh rasa berhemah sebagaimana kita nak orang tulis pada kita.
Belajarlah hormati pilihan dan cara orang selagi ia tak ganggu hidup kita.
Apa guna kita ada harta,kelulusan,pangkat dan ilmu yang banyak pun kalau kita tak ada akhlak.
Buang yang keruh,ambil yang jernih.
Maaf kalau khilaf.
Saya bukan ustad,

SUMBER

0 comment... add one now