Isnin, 18 Julai 2016

Pengalaman Ngeri Kami Hilang Passport Sewaktu Travel Di Mesir

Aku nak kongsikan sikit pengalaman hilang pasport kat Mesir. Korang bila travel, mesti benda ni paling nak elak kan.
Kalau hilang pasport tu, kira worst thing that ever could happen lah kan orang kata. Dan memang, itu lah yang terjadi dekat aku bersama 2 orang lagi kawan.
Nak tambah lagi teruk, hilang pasport pula dekat negara-negara miskin dan tak maju macam Mesir ni, memang struggle.
Nanti kat bawah aku detailkan macam mana proses dapat pasport emergency tu.
Ceritanya bermula macam ni lah lebih kurang. Sebelum Mesir, kami dah berjalan ke Western dan Eastern Europe.
Konsep travel kami ni bajet punya lah sebab duit tak banyak ada. Kebanyakkan tempat tidur melalui AirBnB, couchsurfing. Ada juga tidur dekat airport, tidur dalam train, bas dan makan semuanya masak sendiri.
Sebelum sampai ke Mesir kami di Turki. Perjalanan kami semuanya berjalan lancar. Ada lah masalah kecik tapi nothing big happened. 30 hari sudah kami di Eropah dan sampai lah ke destinasi akhir di Mesir.
Kami masuk ke Mesir melalui Sharm Al Sheikh, sebuah pulau yang terkenal di kalangan pelancong dari Russia.
Sampai je Sharm Al Sheikh, aku dah rasa kurang selesa. Kontra nya dengan negara Eropah memang jelas sangat. Baik dari segi suasana, mahupun servis ataupun layanan dari penduduk tempatan memang jauh bezanya.
Belum cerita lagi pasal scam semua tu. Awal lagi kami dah kena tipu tambang teksi dekat aiport Sharm tu.

Tambah lagi berlambak checkpoint dan security check dari askar dan polis lagi lah tak selesa kan.
Masa pergi Gunung Sinai, ada 7 checkpoint dari Sharm Al Sheikh. Kami kena berhenti, keluarkan passport untuk pengesahan dan kemudian baru boleh lepas.
Dari Sharm ke ibu negeri Mesir, Kaherah kami tak ingat ada berapa checkpoint tapi ada satu checkpoint tu kami kena turun dari bas, ambil beg, beratur dan diperiksa setiap seorang oleh askar bersama anjing pengesan. Stress je keadaan masa tu kena layan macam tu.
Sampai Kaherah, suasana nya lagi menyedihkan. Sampah kelihatan di merata tempat. Gelandangan orang miskin kat mana-mana je ada aku nampak.
Layanan orang tempatan pun agak teruk tapi bukan semua lah. Kadang buat aku terpikir ini ke negara Islam yang hebat satu masa lalu sampai disebut dalam Al-Quran.
Bila diperhatikan lebih dalam, apa yang Islam ajar sebenarnya itulah yang banyk diamalkan di kebanyakan negara Eropah, bukan di kebanyakan negara Islam. Aku tinggalkan dekat korang untuk buat kesimpulan lebih lanjut.
Macam mana kami boleh hilang passport?
Waktu tu kami tengah main futsal bersama-sama pelajar Malaysia yang belajar di sini. Beg yang kami bawa tu ada passport, kamera, beg duit, handset, go pro.
Kami letak je sebelah court futsal tu. Entah macam mana terlepas pandang sekejap je, beg kami pun dah kena curi. Bingung aku dibuatnya macam mana boleh kena curi sekelip mata macam tu je.
Secara ringkasnya, proses nak dapatkan passport tu ada 3 step:
1. Buat repot polis kehilangan passport.
2. Pergi ke Kedutaan Malaysia untuk buat passport emergency. Sebelum buat passport kena senaraikan jika ada transit dekat negara lain. Juga sebelum buat passport ni kena beli tiket balik dulu kalau dah terlepas tiket yang asal tu.
3. Pergi ke pejabat imigresen untuk dapatkan cop pengesahan tarikh masuk ke Mesir.
Nampak macam tak rumit sangat kan? Step memang tak rumit sangat tapi yang pening nya kami hilang passport tu dekat Mesir.
Malam kami hilang passport tu, terus pergi balai polis tapi kena halau macam tu je suruh datang esok. 3 kali jugaklah kami pergi balai polis dan kena halau tak tau apa sebabnya.
Kali ke 4 datang baru boleh buat repot. Rupanya kami dapat tau, ada balai polis tertentu je yang akan layan rakyat asing buat repot polis ni.
Step ke-2, buat passport emergency. Alhamdulillah tak ada apa-apa masalah. Cuma first day kami datang kedutaan tutup sebab cuti hari kebangsaan.
Kali kedua datang kami dah dapat buat passport. Sebelum buat passport kami dh beli tiket dulu, 2 minggu dari tarikh hilang passport tu.
Step terakhir ni paling susah dalam semua proses. Nak dapat cop pengesahan datang ke Mesir.
Kiranya kalau dah ada passport emergency tapi tak ada cop ni, nanti masa security check dekat airport sah tak lepas punya.
Kebanyakan pejabat kerajaan di Mesir beroperasi 8.30 pagi- 2 petang. Tapi segala urusan kena selesaikan sebelum jam 12.30 tengahari.
Hari pertama kami datang ke imigresen, jam 8.15 lebih kurang, tengok-tengok dah ada orang beratur 500 meter panjang nak masuk ke dalam.
Kami pun mula beratur dan kira-kira jam 9 pagi baru dapat masuk. Keadaan dalam imigresen tu memang kecoh.
Tak ada pakai sistem nombor. Maknanya main potong-potong je beratur. Siapa kuat dia dapat duduk depan. Yang tua-tua, yang perempaun semua kena tolak ke belakang.
Hari tu kami berjaya ambik borang je. Bila nak pergi check data kemasukan, system offline jadi lama-alam tunggu akhirnya kena halau macam tu je.
Macam pelarian kami kena halau, macam anjing pun ada gayanya. Bukan nak berlebihan tapi itulah yang kami rasa masa tu.
Proses tu berulang-ulang, pergi seawal jam 7.30 pagi hari berikutnya lepas tu tak sempat lagi nak dapat cop. Sampai lah hari ke 5 macam tu baru lah dapat cop tu akhirnya.
Kami sepanjang proses nak buat passport emergency memang down gila-gila. Tak ada mood terus nak berjalan. Tempoh 2 minggu kami habiskan untuk selesaikan pasport emergency tu je.
Risau kalau tak sempat nanti, tiket burn macam tu je. Baalik dari urusan kami merempat je kat bilik merenung masa depan.
Mujur lah ada kawan kami belajar dekat Mesir tu yang baik hati bagi tempat tinggal, bagi kami makan semua. Kalau tak, tak tau la apa nasibnya sebab kami masa tu betul-betuk tinggal sehelai sepinggang.

Moral of the story, jaga lah barang-barang kita sebaiknya. Jangan bagi hilang lagi-lagi benda yang penting macam passport tu masa travel.
Waktu di Mesir memang waktu yang paling perit sepanjang aku travel tapi sampai bila-bila aku akan ingat peristiwa ni.
Pengalaman ni sangat sangat sangat bermakna untuk ajar aku jadi orang lebih berguna, lebih peka dengan keadaan persekitaran. Didn’t experience give you lessons and make you more wise?
Korang nanti pergi travel jangan mengada saja-saja nak hilangkan passport sebab nak dapat pngalaman ni ya. Prevention always better than cure.
Nota: Tak semua yang teruk dekat Mesir sana tu. Ada je yang baik,yang okay. Cuma saya dan the geng saja kurang bernasib baik. Saya tak nak timbulkan kebencian dekat siapa-siapa. Cuma sekadar perkongsian daripada pengalaman saya dan kawan-kawan saja.

Tiada ulasan:
Write ulasan