Rabu, 13 Julai 2016

Pemilik Kilang & 3 Beranak Maut Ditembak

BALIK PULAU - Tiga beranak maut ditembak oleh ahli keluarga sendiri selepas berlaku pertengkaran di antara mereka, awal pagi tadi.

Dalam kejadian pada jam 2.55 pagi itu, mangsa wanita berusia 55 tahun, ditembak oleh anaknya sendiri dari jarak dekat. Turut menjadi mangsa, anak lelakinya berusia 27 tahun dan cucu lelaki berusia 2 tahun. Selain itu, seorang lelaki berusia 50 tahun yang merupakan pemilik kilang memproses ayam berkenaan turut maut.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Datuk Razaruddin Husain berkata, suspek seorang lelaki berusia 32 tahun menembak kesemua mangsa.

"Semua mangsa sedang tidur di bilik dalam kawasan kilang. Suspek masuk dan berlaku pertengkaran kecil apabila mangsa enggan menyerahkan wang yang diminta.

"Suspek yang bersenjatakan pistol kemudian berang, bertindak melepaskan 6 das tembakan dan melarikan diri dengan menaiki sebuah kereta pacuan empat roda milik pengusaha kilang berkenaan," katanya.

Polis kini sedang giat memburu suspek yang dipercayai masih berada di sekitar negeri ini. Orang awam yang mempunyai maklumat, diminta tampil ke balai polis berhampiran untuk membantu siasatan.

Tiada ulasan:
Write ulasan