Khamis, 21 Julai 2016

Nenek Meninggal Dunia Dibelasah Cucu Sendiri

ALOR SETAR - Seorang wanita warga emas meninggal dunia  dipercayai dibelasah oleh cucunya sendiri, Sabtu lalu.

Lapor Bernama, mangsa, Aton Ahmad, 86, meninggal dunia pada jam 4 pagi semalam setelah menerima rawatan di Hospital Sultanah Bahiyah. 



Menurut Timbalan Ketua Polis Daerah Kota Setar, Superintendan Rohana Omar berkata, mangsa dipercayai dibelasah oleh suspek yang juga cucunya sendiri sehingga menyebabkan mangsa cedera di hidung dan telinga dalam kejadian di rumahnya di Gunung Keriang. 

"Mangsa telah dibawa ke hospital pada hari kejadian untuk rawatan tetapi meninggal dunia hari ini. Bedah siasat akan dijalankan untuk pengesahan punca kematiannya," katanya. 

Anak mangsa, Zakaria Ismail, 54, berkata, pada hari kejadian beliau yang baru saja pulang dari membeli makanan di kawasan berhampiran terdengar bunyi bising di rumah ibunya. 

"Bila saya masuk, rumah dalam keadaan berselerak dan barang elektrik banyak yang rosak. Saya naik ke tingkat atas dan lihat mak saya terbaring dengan hidungnya berdarah dan anak saudara saya juga berada di situ." yang kemudiannya menghantar ibunya ke hospital.

"Anak saudara saya tidak bekerja dan dia sering kali meminta wang daripada saya, selain dari kerap keluar malam. Saya sendiri pernah dipukul jika tidak memberi wang kepadanya," katanya.

Suspek yang berusia 29 tahun bagaimanapun telah berjaya ditahan kira-kira jam 2.30 petang semalam untuk siasatan lanjut. 

Tiada ulasan:
Write ulasan