Jumaat, 29 Julai 2016

Nasihat Ikhlas Abang Ipar Saya Tentang Bekerja

Waktu Abe pekerja graduan muda, abang ipar Abe (dulu tinggal di setinggan di Sentul, sekarang Pengurus Besar RHB) bagi Abe satu nasihat mahal.

Dia pesan, Ayat (Abe), kerjalah betul-betul. Menangilah hati majikan. Balas balik kepercayaan mereka.



Sekiranya selepas lima tahun, Ayat tidak maju ke depan, janganlah pula Ayat mengutuk majikan belakang-belakang.

Itulah masanya untuk Ayat melompat ke syarikat lain atau bidang lain.

Ternyata ini benar. Dulu Abe gaji 2500 sahaja tahun 2001. Cukup 6 tahun, Abe tinggalkan industri automotif ke bidang minyak dan gas.

Pada 2007, Abe sanggup menerima tawaran gaji lebih rendah dari gaji Abe di Proton yang ketika itu 4300.

Abe bermula dari bawah semula dengan gaji 4000 kerana Abe tiada pengalaman dalam bidang ini. Tapi Abe yakin rezeki itu milik Allah.

Alhamdulillah siapa sangka Abe menjadi salah satu pengurus tertinggi syarikat Abe. Gaji Abe pun Alhamdulillah, cukup bagus.

Kesimpulannya, kerjalah dengan sungguh-sungguh semasa muda. Ada peluang jangan takut-takut terokai dunia baru.

Namun, janganlah lupa melabur. Carilah pelaburan yang tidak menjejaskan fokus kerjaya anda. Menangilah kedua-duanya sekali. Anda mampu menjadi pekerja dan jutawan pada masa yang sama. Percayalah!

Tiada ulasan:
Write ulasan