Nasiblah Si Isteri Bila Dapat Suami Tak Banyak Cakap

Macam mana cara terbaik berkomunikasi dengan lelaki atau suami yang pendiam?

Sebelum berkahwin, isteri mungkin merasakan bahawa dia mampu menukar sikap suami dari seorang yang pendiam kepada seorang yang ceria selepas berkahwin. Anggapan yang salah begini memang sering akan mengecewakan setiap isteri.

Biar pun masalah ini menjadi masalah yang ringan pada peringkat permulaan, namun jika suami masih tidak berubah sikap. Perkara ini akan memberi kesan buruk kepada hubungan suami, isteri. Antaranya kesannya ialah:

1. Isteri Letakkan Kesalahan Pada Suami
Jika suami terlalu pendiam, isteri akan merasa bosan dan merana di dalam mengharapkan sesuatu komunikasi. Isteri akan menyalahkan setiap kesalahan pada suami sehingga tidak mahu mengambil berat terhadap keluarga.

2. Isteri Rasa Tertekan
Isteri juga akan rasa stres dan sering keseorangan disebabkan sunyi sepi di dalam perhubungan kekeluargaan. Setiap perbualan harus memberi tindak balas emosi dan tindakan emosi ini adalah amat penting.

3. Timbul Perbalahan
Seorang suami mungkin merasakan tiada apa yang mahu dibualkan dan sebarang bualan adalah seperti membuang masanya. Tetapi perkara ini mungkin akan menimbulkan perbalahan. Setiap isteri harus memahami kenapa suami itu mendiamkan diri.

4. Tidak Berlaku Perbalahan
Setiap isteri memerlukan sesuatu interaksi dan mungkin memerlukan sedikit pergaduhan untuk menyemarakkan lagi kasih sayang pasangan tersebut. Setiap perhubungan memerlukan sedikit perbalahan yang selamat untuk mengetahui perasaan pasangan masing-masing. Perbalahan yang selamat sering kali akan membawa kepada keeratan kekeluargaan. Dengan suami yang pendiam, perbalahan tidak mungkin akan berlaku.

0 comment... add one now