Rabu, 27 Julai 2016

Nak Kahwin? Senang Je, Jangan Fikir Sangat Pasal Duit

Nak kahwin ni senang jaa . jangan fikir pasal sangat duit . in sha Allah jika niat kita baik , Allah akan tolong . meh saya kongsi bajet kahwin saya . tak lebih 5k pun ! tu pun sebab ramai sangat yang tolong . alhamdulillah . saya dan suami rancang untuk kahwin bulan 1 2016 , bulan 5 kita orang kahwin .



1. Wang hantaran
- wang hantaran ni jangan laa mintak banyak2 , kesian kat lelaki . kita nak kahwin sehari je . lepas kahwin banyak benda lagi nak guna . suami saya ni dia main 'kutu' dengan sedara dia . actually turn dia tahun depan . tapi disebabkan nak kahwin sangat tukar dengan sepupu dia .wang hantaran ni saya cuma minta 5k je . tak banyak pun . sebab saya tahu kalau minta banyak, lagi susah nak kahwin . huhu
2. Baju pengantin and pelamin
- okay , yang ni saya ambil pakej . baju 2x, mekap 1x, pelamin. total semua 1k . murah sangat . pelamin and baju pun cantik . huhu . satu baju untuk hantar menantu sekali dengan bersanding , satu lagi buat fotoshoot outdoor . thanks ZR Bridal 💕
- untuk baju akad nikah perempuan , saya pinjam yang kawan sebab masih boleh guna lagi dan still cantik . huhu thanks Kak Atiq Haqita .
- untuk baju yang lelaki plak , saya pinjm yang kawan jgk . diorang baru kahwin tahun lepas . so , baru pakai sekali jaa baju tu . huhu. thanks kak Nur Hafizza bagi pinjam baju abg Afiq 😁
3. Majlis kenduri
- majlis ni saya buat sekali jaa and sebelah pihak jaa . belah lelaki . lagi jimat ! huhu . saya akad nikah malam , lepas akad nikah tu buat makan untuk sedara terdekat and belah lelaki . tak habis banyak pun . and paling penting disupport penuh oleh umie saya . thanks umie . loveyou ! 😘
- belah lelaki plak disupport penuh jugak oleh parents suami . daripada khemah, meja makan , doorgift semua umi support . bersyukur sangat . alhamdulillah . huhu 😁
4. Doorgift
- doorgift ney memang laa mertua yang support tapi makanan jaa . saya plak tolong belikan paper bag . murah sangat . nak bagi yang cantik2 nanti orang buang jgk kan ? membazir jaa . yang ni saya cuma habis 100 lbih untuk 700 paper bag . jimatkan ? beli online , huhu . thanks sis muza ishop
5. Barang hantaran
- barang2 hantaran ni saya dan suami cuma buat 5 berbalas 5 . banyak2 buat apa ? menghabiskan duit jgak . saja nak letak depan pelamin untuk ambil gambar , huhu
- belah saya , saya cuma bagi set wangian ( di support oleh sepupu suami , huhu), baju melayu (baju ni baju raya tahun lepas . tak sempat nak pakai sebab kerja . hihi), kek cheese (kek ni sruh kak Pija buat . saya beli dua . total rm40 jaa), tuala( umi bagi, huhu), last, buah( yg ni sy beli sendiri . rm30)
- belah suami plak , set wangian dan mandian (disupport sepupu), pulut, kain telekung & sejadah , kain 2 pasang letak atas dulang berlainan . okay ckup . huhu
6. Kad kahwin
- Yang ni saya cuma print and fotostat sendiri jaa . sebab lagi murahkn . hehe . cukup2 jaa berapa orang nak ajak . under rm100 .
7. Make up
- okay . make up untuk akad nikah , saya minta tolong dengan kawan satu kerja . hihi . sama jgk dengan fotoshoot . thanks Kak Farah , Karimah Emah and sha semua puji cantik sangat 😍
8. Fotographer
- haa , yang ni saya suruh kawan ambilkan sebab dia memang fotographer . hehehe . dapat murah laa . rm650 sahaja . cantik sangat . thanks Wan Izwan Aizan Aizawa and Firdausz Fir .
9. Others
- Lain2 ni saya berinai sendiri . habis dalam rm40 . beli shawl rm10 . fotostat apa2 yang patut untuk bagi kat tuk imam dalam rm10 gitu laa. hihi .

Okay , tu jela setakat ni . kalau saya ada tertinggal , maafkan saya . lupa . huhu . pape pun, kesimpulannya , saya kahwin ni memang ramai sangat yang tolong . really appreciate ! 💕 satu lagi , dah nak kahwin tu , sama2 kongsi laa . sama2 tolong , baru senang . jangan harapkan lelaki jaa . kita perempuan pun kena tolong juga . okay , tu jelaa . thanks sudi baca karangan tak rasmi saya . once again, thanks semua yang tolong saya ! loveyou

Nasya Rina

Tiada ulasan:
Write ulasan