Mangsa Vandalisme, Tugu Granit Di Rusia Dicat Menjadi Pokeball

Apa lagi tentang Pokemon, permain Pokemon Go ini nampaknya betul-betul memberi impak yang cukup besar kepada dunia. Semenjak permainan ini diumukan, sudah banyak peristiwa ngeri, aneh, pelik dan kelakar berlaku hanya kerana mereka terlalu fanatik dengan Pokemon Go.

Yang terbaru, monumen berupa Tugu Granit di bandar Yekaterinburg, Russia dicat menjadi seperti Pokeball. Menurut sumber, ini adalah salah satu bentuk vandalisme dari tangan-tangan mereka yang nakal.

Mungkin ini satu prilaku buruk di mata anda, tetapi tidak bagi pegawai bandaraya Yekaterinburg, dia hanya berkata ' Saya tidak melihat sebarang kesalahan tentang kejadian ini', wah! Sporting  habis pegawai bandar Yekaterinburg ini ya.

Oh ya, untuk pengetahuan anda, ini kali ke dua Tugu ini menjadi mangsa vandalisme. Sebelum ini ia pernah dicat menjadi seperti watak di dalam permainan Angry Bird.

Walaupun nakal, tapi kreatif juga orang-orang Rusia ni.

0 comment... add one now