Isnin, 11 Julai 2016

Mak Suka Membebel, Baca Luahan & Nasihat Ustaz Ini Kepada Anak Yang ‘Derhaka’ Kepada Mertua

Dalam sesebuah perkahwinan, kita bukan sahaja berkahwin dengan pasangan masing-masing tetapi turut sama berkahwin dengan keluarganya. Orang kata nak pikat hati pasangan kenalah pikat ibubapanya dahulu. Barulah hubungan itu diberkati.

Namun, tak semua yang betul-betul menghormati dan menyayangi mertua masing-masing. Ada yang secara terang-terangan menceritakan aib dan keburukan mertua. Seperti pengalaman yang diceritakan ustaz ini…

Sedih bila kawan ceritakan keburukan mertua

Sedih dan menangis saya lihat beberapa kawan-kawan saya luahkan ceritakan tentang mak dan ayah mertuanya. Ayah mertuanya. Semuanya yang buruk-buruk. Saya dengar je tanda hormat dia nak bercerita. Saya dengar macam die ngah senaraikan keburukan mak dan ayah mertuanya. Sambil dengar saya bergenang air mata. Allahu. Sebak rasa hati ni.
Dia cite “Aku tak suka mak mertua aku. Banyak sangat membebel. Itu tak kena ini tak kena. Apa aku buat semua salah. Bapak mertua aku dah laaa macam tiang jee. Tak suka bersembang. Tu kadang-kadang aku malas balik kampung orang umah aku. Apa pandangan ko lil..”
Saya kata “aku sebenarnya nak nangis bila ko cerita pasal mak dan ayah mertua ko. Aku tak tau nak kata apa. Cuma aku nak tanya macamana ko sanggup cerita A-Z buruk mereka. Aku rasa ko seronok tengok cara ko bercerita tu.”

Allah ambil nyawa mak aku awal, lepas kahwin hidup kembali semangat sebab ada mertua

“Ko nak tau. Allah ambil nyawa mak aku awal. Masa tu aku perlukan seorang ibu untuk aku sambung belajar. Tapi aku tempuh semua tu tanpa kasih sayang seorang mak. Aku rindu sangat kat mak aku. Nak panggil semula perkataan mak. Nak mula rasa pelukan mak. Sampailah aku nikah. Sah je aku nikah aku peluk ayah aku, aku salam bapak mertua aku sambil aku nangis. Dan aku bangun terus cari mak mertua aku. Ko nak tau aku cakap apa? “Mama. Sekarang mama lah mak Halil. Halil akan jaga mama macam mak Halil sendiri. Aku nangis peluk mak mertua aku. Hidup aku rasa mula semangat lain macam sebab satu isteri, kedua sebab aku ada mak mertua aku yang banyak sangat nasihat aku. Salah aku. Silap aku. Semuanya mak mertua aku nasihat. Aku suka sangat dengar cerita dia. Nasihat dia. Aku jaga perasaan dia macam aku jaga perasaan mak ayah aku sndiri. Kadang-kadang kita lupakan perasaan isteri kita. Apa perasaan isteri kita bila kita buat mak ayah dia macam tu? Kutuk. Cakap buruk mak ayah dia. Kalau isteri kita cakap buruk mak ayah kita apa perasaan kita? Mesti kita sedih. Macam tuu laaa.
“Aku pernah kenal satu orang kaya. Jutawan. Banyak hartanah dia. Setiap tahun pergi umrah. Kaya sangat haji ni. Aku pernah jumpa dia kat zam zam tower di Mekah. Aku tanya dia. Apa ek amalan haji sampai Allah bagi haji harta kaya macam hari ni?”

Kita hebat & kaya bukan sebab pandai niaga tapi disebabkan doa orang yang lemah dikalangan kita

Haji tu bagitau kisah dia “ustaz nak tau. Saya jaga mak ayah saya sampai mati. Saya suap mereka. Saya basuhkan najis dia. Sampai mak ayah saya mati. Lepas mak ayah saya mati. Saya jaga pulak mak ayah mertua saya. Dalam keadaan mereka tak suka saya. Saya suap dia dia tempis. Dia tolak. Habis baju saya. Tapi saya tutup telinga butakan mata. Saya terus khidmat dia walaupun dia tak suka saya. Sampai mak ayah mertua saya meninggal. Saya rasa asbab amalan ni Allah bagi saya hadiah berlipat kali ganda. Saya tak ada hutang dengan mana-mana bank. Tanah saya Allah bagi banyak. Rumah sewa. Banyak laa ustaz Allah bagi kat saya selepas mak ayah mertua saya meninggal dunia. Rupanya kesusahan saya khidmat mereka. Ada rahmat disebalik tu “Aku nangis bro dengar cite pakcik ni. Sebab aku tak tau aku ni boleh tak jaga mak ayah mertua aku nanti macam dia jaga.
Baru faham sebenarnya kita hebat. Kaya. Business letop-letop bukan sebab kita pandai niaga tapi sebenarnya doa orang yang paling lemah di kalangan kita. Siapa? Mereka lah. Isteri anak. Allahu. Baru faham.
“Dah laa bro.. Aku tak reti nak nasihat orang cuma aku leh cerita je pengalaman-pengalaman aku. Aku harap kita sayanglah mak ayah mertua kita macam kita sayang mak ayah kita sendiri.”
YaAllah. Ampunilah kami. Kami tak sedar yang kami telah derhaka pada mak ayah mertua kami sendiri. YaAllah syukur kau masih bagi kami mak ayah mertua kami yang banyak nasihat kami. Untuk kami jadi lebih baik. YaAllah jadikanlah kami menantu yang sentiasa lihat kebaikan mak ayah mertua kami. Dan sembunyikan keburukan mereka. Panjangkanlah umur kami dan mereka untuk kami khidmat pada mereka. Amiiin
Motivator Remaja,
Ustaz Khailil Razak
Share pada suami atau isteri kita, anak2 kita agar kita menghargai dan khidmat mak dan ayah mertua kita sebelum mereka pergi.
sumber: Khailil Razak

Tiada ulasan:
Write ulasan