Mak Ayah Suka Gaduh tapi Tak Bercerai

Assalamualaikum. Kalau confession ni approved,thank you very much. Banyak kali terfikir nak pergi jumpa Dr Psychiatry or any Dr related in diagnosing a depressed person. I’m not sure if I’m depressed or what I went through is normal.



Alhamdulillah, I have still my parents with me. Sorang bekerja sorang dah pencen. Masa dua dua bekerja hidup tu alhamdulillah aman makmur. Ada jugaklah gaduh sikit memasing perangai ego tapi bearable. Tapi at one point when one retired, things start to go downhill. Ibu selalu mengeluh, mengomel, mengkritik setiap kerja yang anak dengan ayah buat. Ni salah tu salah. Aku pulak belajar dekat luar negeri. Selalu balik weekend je. Kekadang tak balik pun. Bukan sebab takde rezeki tapi sebab taknak, taknak dengar masing masing complain dekat aku pasal keburukan masing masing.

I figured that it might be normal. Parents fight all the time but it gets worst especially when Ibu stress. Ibu ada perangai panas baran walaupun dia selalu deny. Ayah pulak je is ego, dia rasa dia memang betul dan selalu mengata ibu. Ayah selalu cakap Ibu selalu banyak buat salah dengan Ayah sebab lawan cakap ayah. Banyak ayah nak ampunkan. Semua berkenaan akhirat lah. Tapi ayah tak tau, masa ibu buat kerja semua sendiri tak minta tolong ayah, dia tak pernah appreciate pun ibu. Tak bagi gestures of appreciation pun. Ibu terasa tapi dia rasa banyak lagi benda penting dia nak fikir.
Pada aku, itu masalah Ayah.

Masalah ibu pulak, dia rasa dia selalu betul. She always have the answers to everything. Yes i know, mothers knows best. But that’s irrelevant sebab bila perempuan ni tgh marah atau tengah stress, dia akan jadi tak relevant utk berfikir. Dipendekkan cerita, kalau dua dua ni ada masalah, dua dua complain kat aku. Yes, sebagai anak aku patut hadam, tapi bila jadi orang tengah, paling tak tahan, aku yang akan kena bila dua dua gaduh.

Tell me, anak mana suka dengar each other complain ? Bila aku try nasihat cara baik, dua dua cakap aku bajet tahu semua. Aku apa tau ? Baru umur 24 tahun. Tapi bila aku luahkan perasaan aku yang akh tak suka dengar semua tu, dorang kata aku sensitif sangat. Lepas tu, yang ibu merajuk ( dah derhaka dah aku walaupun aku nasihat slow slow ) & yang ayah tetap degil, ego. And they left me hanging alone. Aku nak cerita dekat siapa ? Cerita kat kawan takut mengaib. Cerita kat Allah dah tapi still, the same.

Sometimes I wish they weren’t together. Yes, berdosa aku fikir macam tu, ibarat mendoa. Tapi aku pun stress. Aku duduk luar belajar je kerja aku tak berjimba pun. Every week ada test. Ada exam, ada praktikal. Konon balik rumah jumpa family tu tempat merehatkan minda. Tapi tak.

Sometimes I think to myself, why do you stay when you don’t want him ? Bila tanya ibu sayang ke tak, cakap ibu dah letih nak sayang sayang ni. Tanya ayah pulak, malas nak layan aku. Aku tak faham lah. I know life after marriage ain’t that easy but this is just ridiculous. Sometimes, I think that if I take extreme measures maybe they will notice me. Hear me out for once, realized by themselves that masing masing selfish. Not appreciative. Ego. Rasa diri betul dan taknak dgr satu perkataan pun apa aku cakap.

Aku stress tapi aku tak tau mana nak pergi. Don’t give me that bulls* about not praying to God. Of course I did. It’s an obligation to always believe in God & ask for help. Aku tanya sebab nak buat langkah tambahan je.

Aku tak tau lah macam mana nak fikir positif. Aku selalu cari jalan utk husnudzon but everyone has their limits. Aku nangis sebab dorang pun mana dorang tau. Kadang kadang aku rasa tak bersyukur sebab ada org lain ada lagi besar masalah keluarga dari aku. Tapi kalau sampai kiamat nak bandingkan masalah org lain dengan diri sendiri memang sampai kesudah lah tak de jalan penyelesaian.

I wish to bring my whole family to see the Dr. To discuss about our inner problems. We do have problems. We just need to let them out and find a solution. But I don’t know how to tell them. Ive tried before but failed. I guess I just have to endure, right ?

– -The Depressed Lady

0 comment... add one now