‘Maafkan Saya, Anak Mak Yang Paling Tak Sempurna’

PASTI ramai di antara kita yang tak menang tangan melayan sanak saudara di pagi syawal kan?

Lebih-lebih lagi golongan wanita yang tidak dapat dipisahkan dengan tugasan menyediakan juadah buat tetamu yang hadir berhari raya.
Dalam kesibukan itu, tugasan seorang wanita mungkin nampak ‘ringan’ sahaja di mata tetapi sebenarnya begitu besar pengorbanan mereka kepada sesebuah keluarga.
Kisah seorang pengadu yang dipetik dari perkongsian di Facebook IIUM ini wajar dijadikan pengajaran agar kita semua lebih mengerti dan bersyukur akan pengorbanan seorang anak yang terpaksa beralah kepada keluarga dan adik-beradiknya yang lain.
Jom baca kisah luahan seorang wanita ini yang agak panjang namun berbaloi untuk dibaca.
'Maafkan Saya, Anak Mak Yang Paling Tak Sempurna'
Salam Aidilfitri semua. Ramai yang mengeluh kena menjadi hamba abdi buat kerja rumah yang sebeban itu. Samalah kita. Aku bukan takat menjadi orang suruhan lelaki di dalam rumah sahaja, malah menjadi orang suruhan sanak saudara yang datang menyemak di rumah ini. Jadi bagi aku, raya is no other than tempoh yang menyakitkan hati. Aku benci musim raya.
Sudah 8 tahun aku tak beraya. Sekarang ini pun aku tak duduk di rumah. Jam 8 pagi tadi aku naik motosikal ke pantai untuk cuba menenangkan diri sebab tadi aku bertekak dengan mak. Kasihan dia, menangis dan berkecil hati dengan aku. Tetapi aku lagi kasihan. Kenapa? Teruskan membaca.
Aku merupakan anak ketiga. Jadi kakak dan abang memang menjadi anak kesayangan mak sebab mereka penyumbang kewangan utama keluarga. Adik-adik aku pula tersangat manja, keluarga layan mereka macam anak raja. Aku? Aku ini sekadar ‘hama’ sahaja. Sudah berkali-kali aku merancang untuk melarikan diri dari rumah. Tetapi sejak ayah sakit, aku nekad untuk bertahan sahaja. Tetapi sekarang ini, aku yang menanggung sengsara dari segi emosi dan fizikal.
Selama ini, adik beradik lelaki tidak pernah consider kudrat aku itu sepadan atau tidak dengan bebanan kerja di rumah. Bagi mereka, cukuplah mereka ada di rumah dan tidak perlu pergi ke mana-mana. Mak dan ayah tidak perlu risau apa yang mereka buat di luar.
Tetapi aku sebenarnya lagi senang hati jika mereka tak duduk di rumah. At least sinki tidak penuh dengan pinggan yang kotor, tandas tak tersumbat dengan puntung rokok, rumah tak bersepah, duit tak banyak habis dan aku pun tak penat sangat.
Mak seorang caterer, tetapi dia tak mahu mengupah pekerja sebab pernah mengalami kerugian suatu masa dulu apabila semua duitnya dicuri oleh pekerja. Jadi, aku dan mak yang handle semua tempahan tanpa bantuan dari orang lain.
Kenapa aku kata terpaksa? Bukannya tak bersyukur masih lagi mempunyai mak atau tidak bersyukur sebab tuhan masih nak bagi peluang untuk buat pahala. Tetapi mak jarang bagi upah. Sudahlah diberinya sikit sahaja kasih sayang, upah tak nak bagi. Aku ini bukan anak dia ke? Aku faham kalau dia simpan duit itu untuk modal. Tetapi aku juga perlukan duit untuk perbelanjaan harian, bayar yuran sem depan, kos untuk buat lesen kereta, kos perubatan aku, duit simpanan kecemasan. At least kena ada walaupun sikit. Nak harapkan keluarga memang taklah.
Keluarga aku mendidik aku dengan kasar sejak dari kecil. Aku perlu mencari duit sendiri kalau nak beli apa-apa. Aku tak boleh menangis di depan mereka walau apa pun terjadi. Jadi, sejak kecil aku tidak pernah merasa apa-apa yang dibeli dengan duit keluarga. Yuran belajar saja partly supported oleh kakak. Yang lain, semua aku tanggung sendiri dengan buat kerja part time.
Selain itu, adik beradik lelaki aku juga memang tiada kesedaran langsung nak membantu mak jadi driver beli barang di pasar ke apa. Jadi caterer bukan setakat beli ikan seekor dua tetapi berpuluh-puluh kilogram. Beras pula kena beli dengan kilang. Jadi, dalam sehari memang dua tiga kali pusing satu daerah dengan mak naik motosikal pergi beli semua benda itu. Even nak bawa ayah pergi hospital pun aku kena tebalkan muka minta tolong dengan kawan ayah. Kalau ada duit lebih, baru aku upah transporter. Adik beradik lelaki yang lain buat apa? Membuta di bilik sampai ke petang. Bangun saja, tak lain tak bukan melahap macam syaitan.
Aku tiada lesen memandu. Dulu masa nak buat, mak kata tak payah sebab duit itu dia nak bagi pada adik beradik lain yang nak buat lesen memandu. Selepas itu, mak bagi pula sebuah kereta untuk mereka gunakan secara bergilir-gilir. Mak terlalu memanjakan adik beradik yang lain sampai dia tak nampak keselamatan aku penting atau tidak. Dia tak foresee yang kalau adik beradik tak ada nak mengharapkan sesiapa pandu kereta itu semua? Tak ada sesiapa yang pernah mengajar aku. Tak apalah. Pandai-pandailah hidup.
Hari itu, selama dua minggu pertama bulan Ramadan, aku kerap kali pengsan. Mula-mula mak keras hati, paksa juga aku buat kerja. Bayangkan dalam sehari aku langsung tak ada peluang nak berehat. Aku bangun seawal jam 5 pagi masak bahan basic untuk masakan. Kemudian aku kena mandikan ayah yang sakit. Dalam jam 7 pagi, aku kena siapkan anak-anak abang aku ke sekolah, masak sarapan untuk mereka, hantar mereka ke sekolah. Dalam jam 8 pagi, aku bawa mak pergi beli barang di pasar. Dalam jam 10 pagi, bawa ayah pergi hospital pula untuk rawatan. Bila balik ke rumah kena basuh baju, pinggan, kemas rumah, masuk dapur tolong mak masak untuk bisnes dia pula. Petang ke hulur ke hilir pergi ambil anak saudara di sekolah, COD tempahan makanan di rumah customer dan sebagainya.
Kalau hari biasa saja, aku rasa penat gila. Masa bulan puasa, hari itu aku rasa nak bunuh diri pun ada. Semua kerja aku seorang yang kena settle. Jadi, selepas COD barang, aku balik masak untuk keluarga berbuka pula. Selepas mereka selesai makan, semua pinggan dan cawan ditinggalkan begitu sahaja dalam sinki. Kadang-kadang budak-budak muntah makanan bawah meja, tak pun sorok makanan di bawah meja. Bila tikus, lipas dan semua mula naik ke rumah, aku juga yang dipersalahkan. Aku juga yang kena cari lubang sarang serangga dan letak racun.
Bila aku bising suruh mak nasihatkan adik beradik yang lain tolong aku, mak pula memarahi aku.
“Kau kakak sepatutnya kena tabah buat kerja,” katanya.
Okay, aku tahan lagi sebab aku malas nak bertekak dengan mak dan adik beradik lagi dah. Bagi mereka, perempuan memang buat kerja-kerja berat. Nanti bila kahwin, sama juga buat untuk suami. Jadi aku kena berterima kasih pada mereka sebab aku tak pandai buat semua itu kalau bukan disebabkan mereka. Geram saja, nak saja kata“Terima kasih dan sila pergi mampus!”
Keluarga aku tahu yang aku ada masalah kesihatan. Tetapi seperti biasa, sendiri sakit sendiri merangkak pergi ke hospital. Berkali-kali doktor pesan jangan buat kerja berat tetapi semua itu keluarga aku tak faham. Okay, tak apa, aku buat juga. Aku cuba minta dengan mak duit untuk beli supplement tambahan seperti jus delima dan pil vitamin.
“Membazir saja kau beli benda-benda camtu. Bukannya berkesan pun,” katanya.
Keesokan harinya, adik beradik minta duit dari mak nak beli baju raya. Tanpa banyak bicara, mak hulur RM200 setiap seorang.
“Baju raya kau tak payah beli pun tak apa, sebab duit dah habis bagi pada adik beradik yang lain,” kata mak pada aku.
Aku menangis dalam bilik sebab kecil hati dengan mak. Tak sangka penampilan adik-adik lebih penting daripada kesihatan aku. Baju raya tak ada tak mengapa, at least cakaplah elok-elok. Tak apalah, aku kumpul duit sikit-sikit hasil COD hari itu, dapat juga duit tips daripada customer. Duit itu aku simpan elok-elok lagi sampai ke hari ini, kalau ada kecemasan ke apa.
Dan dari sinilah bermulanya kisah pertengkaran antara aku dengan mak pagi tadi. Tiga hari yang lalu, entah dari mana datangnya tiga orang saudara yang aku tidak kenal. Buat semak saja. Sudahlah datang rumah orang, buat macam rumah sendiri. Geram betul. Yang seorang itu bajet solehah pakai purdah, tetapi masa orang tengah memasak atau mengemas, dia dengan selamba duduk tergolek di depan televisyen melayan cerita. Aurat di dalam rumah tak payah cakaplah, baju asyik nak londeh sahaja. Suruh solat pun macam nak kena cungkil dari katil, pemalas nak mampus!
Masa makan, berdesup ke dapur, makan sampai perut buncit. Selepas makan, tinggalkan pinggan dalam sinki macam itu saja. Anak dia meraung lapar ke apa, dia buat tak tahu saja. Aku juga yang kena suapkan. Oh, umur kami sebaya. Bezanya dia itu subhanallah cantik tetapi astaghfirullahal’azim, pemalas nak mampos!
Semalam satu keluarga letih melayan tetamu datang beraya. Aku pula makan di luar seorang diri, tak ada mood nak makan dengan mereka semua. Bila balik saja, aku bengang gila kucing-kucing belum lagi diberi makan. Masa aku di dapur tengah bagi kucing makan, dia masuk ke dapur.
“Kenapa tak masak? Tak tahu ke kitorang lapar?” soalnya.
“Kau ingat aku ini tukang jaga kandang babi ke?? Kau ini manusia ke apa? Masak malas, tidur saja kerja. Babi saja perangai macam tu. Pakai purdah, kepala hotak perangai macam sial!” aku tak tahan terus maki dia.
Dia terus keluar mengadu pada mak dan ayah. Mak aku marah gila dengan aku. Dari riak muka ayah, jelas dia kecil hati dengan perangai aku. Baru aku tahu yang perempuan itu adalah anak saudara yang mereka paling sayang sebab cantik, pakai sopan, lemah lembut tetapi perangai macam iblis! Aku yang depan-depan macam iblis ini tak hadap pula bangga rajin buat kerja ke apa. Okay fine! Semoga iblis mak dan ayah ini tidak menjadi hipokrit seperti perempuan itu.
Mak berdepan dengan aku, dia kata dia kecewa dengan perangai biadab aku itu.
“Kalau begitu, bagilah duit. Nak balik Gombak. Kerja kat sana sampai sem depan start. Kalau perangai mak macam ini, saya tak payah balik pun tak apa. Biar saya kerja sampai dah dapat kerja tetap. Nanti saya cari rumah sendiri. Mak hiduplah dengan keluarga mak yang membosankan ini,” aku kata.
Mak blah begitu saja. Mesti dia tidak mahu, nanti siapa yang nak tolong dia kan?
Seorang lagi saudara aku, dia ini buat juga kerja rumah. Tetapi kalau dia buat salah ke apa, direct saja dia salahkan aku. Contohnya mak aku tak taruk gula garam dan semua bahan masakan dalam bekas kecil. Biasalah caterer. Lepas itu, dia tak tutup semua bekas itu. Gula rosak sebab semut masuk. Keropok menjadi lemau. Ikan menjadi busuk dan berulat sebab dia letak di luar. Dapur bersepah dengan sisa makanan yang basi. Tuhan saja yang tahu, itu dapur ke tempat memuja syaitan?
Mak marah-marah dan salahkan aku. Tak pasal-pasal aku kena cuci semua itu. Padahal aku tak tahu langsung apa yang mereka buat di dapur sebab aku jaga ayah. Subuh tadi, aku join mereka memasak. Mak dah okay sikit dengan aku, mak suruh aku tolong dia siram bunga. Aku keluar ikut pintu depan dan senyap-senyap pergi ke pintu belakang. Saja nak intip apa yang saudara-saudara lahanat itu sembangkan. Kecil hati aku mendengar mereka bersembang tentang aku.
“Umur dah 24 tahun, muka tak terurus, kulit hitam. Perangai macam jantan. Entah anak siapa tah sebab lain daripada adik beradik sendiri. Spesis tak laku la, apa la,”kata salah seorang daripada mereka.
Aku terus meluru masuk ke pintu belakang secara tiba-tiba dengan air mata.
“Apa yang engkau orang tak puas hati dengan aku?! Ye aku hitam sebab aku berpanas, hujan di luar tolong mak cari rezeki! Anak-anak dara lain cantik gebu makan supplemen, guna set kecantikan yang mahal-mahal. Aku ini satu apa pun tak ada. Diri aku? Selekeh sebab tak pernah shopping. Nak merasa baju baru, jauh sekali! Kalau aku ada duit beribu-ribu dalam poket, aku takkan menjadi macam ini,” hati aku puas! Aku dah tak sanggup pendam.
Mereka? Hanya tunjuk muka riak celaka.
Kemudian mak masuk, ingatkan aku cari pasal dengan mereka. Mak tuduh aku bermacam-macam, sketsalah, apalah.
Aku cuba bersabar tetapi tidak mampu. Aku buang cincin pertunangan di jari dan campak pada mak. Mak tunangkan aku dengan anak kawannya tahun lepas. Entah siapa lelaki itu, aku tak pernah kenal dan tak pernah berikhtiar mencari dan mengenalinya. Begitu juga dengan lelaki itu.
“Nah! Ambil balik! Hari ini juga saya putuskan pertunangan ini. Jangan nak guna kuasa veto wali saja. Lelaki itu tak sekufu dengan saya. Elok-elok mak buat saya macam kain buruk. Mak nak pass saya pada orang yang saya tak kenal. Betullah kata mereka berdua ini yang saya tak laku. Kahwin pun ikut pilihan mak. Padanlah mak dapat anak hitam tak terurus seperti ini. Sebab anak mak yang cantik handsome semua mak simpan dalam rumah. Takut terkena cahaya matahari sangat kan?
“Apa salah saya pada mak? Mak cari saya bila mak nak. Mak buang tepi bila mak tak nak. Mak simpan saya di rumah jadi apa? Jadi kuli saja kan? Maaf sebab saya derhaka dengan mak hari ini. Tetapi mak patut tahu tiada sesiapa yang maksum di dunia ini kecuali nabi. Mak layan saya macam sampah, nanti mak jawablah dengan Tuhan sendiri. Mak ingat saya tak makan hati ke bila mak layan anak-anak lain seperti raja? Saya diam sebab tak nak derhaka dengan mak.
“Mak tahu saya kena buat pembedahan tetapi mak lebih sanggup utamakan adik-adik daripada saya. Sekarang ini, orang luar lagi tinggi darjatnya dari saya. Kalau begitu, lebih baik saya berambus dari hidup mak, senang kan? Saya lagi rela mampus di celah hutan sana daripada menanggung sakit hati sebab mak tak sayangkan saya. Mak duduklah di rumah ini dengan biawak-biawak hidup ini semua!” aku kata pada mak.
Mak tunduk menangis. Saudara aku semua tergamam sebab tak sangka jadi begini. Aku beredar masuk bilik, ambil sweater, helmet, tudung dan kunci motosikal. Masa aku lalu depan ayah, aku cium tangannya.
Aku tak mahu jadi seperti ini sebenarnya, tetapi aku bukan hamba abdi manusia. Aku ada hati dan perasaan. Aku layak mendapat kebahagiaan sendiri. Kasihan ayah, raya-raya ini kena layan drama celaka seperti ini. Dia genggam tangan aku, dia tak mahu aku pergi. Tetapi aku tetap pergi jua.
Mak? Mak tak call pun aku untuk pujuk ke apa. Langsung tak ada. Hanya kakak saja yang sibuk-sibuk call dan WhatsApp suruh aku balik. Tetapi aku dah menjadi tawar hati. Aku nekad, bila balik ke rumah nanti, aku kemas barang dan balik ke Gombak. Ego mak terlalu tinggi. Dia terlupa yang dia melahirkan aku agaknya. Tak mengapalah.
Lantaklah siapa nak kata aku anak derhaka ke apa. Tiada siapa di tempat aku. Dari dulu sampai ke hari ini, aku ini manusia yang membesar dalam tekanan. Aku tak ada kawan, tak pernah lagi orang peluk aku dan kata,
“Jangan risau, kau okay nanti” atau “Takpelah, saya ada di sini untuk awak.”
Kelakar kan hidup aku? Tak apalah, satu semester saja lagi di UIAM dan saya akan pergi jauh dari sini. Tetapi mak jangan risau, tanggungjawab anak tetap wajib ditunaikan. I love you so much and I’m sorry because I have to behave like an asshole this time. Mungkin mak sayang saya cuma mak tak tahu nak tunjukkan macam mana kan? Selamat hari raya mak. Maaf sejuta kali maaf. Yang ikhlas daripada anak mak yang paling tidak sempurna.
Adakah anda pernah mengalami situasi seperti si pengadu dalam kalangan keluarga? Jangan segan silu untuk berkongsi bersama kami.. – 

0 comment... add one now