Khamis, 21 Julai 2016

Lokasi Carian MH370 Salah Selama Ini

Sydney: Syarikat Belanda, Kumpulan Fugro , yang mengetuai carian bawah laut bagi mengesan pesawat MH370 mengakui mereka berkemungkinan besar mencari di lokasi yang salah di Lautan Hindi.
Reuters melaporkan Pengarah Projek Fugro, Paul Kennedy, berkata mereka kini percaya pesawat itu jatuh meluncur, bukannya menjunam membuatkan pihaknya mencari di tempat yang salah sejak dua tahun lalu.

Pesawat Malaysia Airlines MH370 hilang pada Mac 2014 bersama 239 penumpang dan anak kapal ketika dalam penerbangan dari Kuala Lumpur ke Beijing. Pasukan pencari diketuai syarikat kejuruteraan Fugro menggeledah kawasan seluas negara Greece di selatan Lautan Hindi selama dua tahun namun tidak menemui apa-apa.
“Jika ia tiada di sana, bermakna ia berada di tempat lain.” kata Kennedy.
Sementara itu, AP melaporkan pakar lautan yang pengiraannya membantu pencari dari Amerika Syarikat menemui serpihan pesawat MH370 berkata, pesawat itu mungkin terhempas di utara kawasan carian sekarang.
Pakar lautan di Western Australia University itu, Charitha Pattiaratchim, berkata andaian terbaik berdasarkan pengiraan dan kajiannya lokasi pesawat itu terhempas ialah sekitar Broken Ridge.
Pengiraan Pattiaratchi berdasarkan tempoh masa serpihan pesawat itu sampai ke kepulauan La Reunion dengan mengkaji arus laut, angin dan ombak. Beberapa serpihan pesawat itu turut ditemui di Madagascar.
Pegawai dari Malaysia, China dan Australia akan bermesyuarat di Kuala Lumpur esok, bagi membuat keputusan mengenai gerakan mencari itu yang sudah menelan belanja AS$137 juta menjadikan ia pencarian termahal dalam sejarah penerbangan.
Biro Keselamatan Pengangkutan Australia (ATSVB) yang menyeli

Tiada ulasan:
Write ulasan