Isnin, 11 Julai 2016

Lelaki Ini Menyelinap Masuk Bandar Fukushima Tanpa Permit & Menemui...




Gambar zon merah Fukushima yang tidak pernah dilihat sebelum ini.

Bila saya memasuki kawasan zon merah ini, mata terasa sedikit kepedihan dan bau bahan kimia yang halus di udara. Sebelum memasuki kawasan ini, saya dimaklumkan oleh pihak berkuasa yang saya perlukan permit khas untuk melawat bandar ini. Permit itu mengambil masa 3-4 minggu untuk diluluskan.

Terlalu banyak birokrasi, jadi saya ambil keputusan untuk menyelinap masuk ke dalam hutan dan menggelak dari polis di jalan raya dan MENAKJUBKAN! Saya masih ingat lagi di mana saya hanya menggunakan GPS dan Google Maps meredah hutan pada jam 2 pagi untuk memasuki bandar Okuma, Futaba dan Namie.

Pernah terfikir bagaimana keadaan di Fukushima yang menjadi kawasan larangan sekarang? Yang mana anda juga mempunyai akses 100% ke semua kedai dan kawasan? Masa muda dulu selalu berangan dapat peluang seperti ini. Kalau saya berada di supermarket seorang diri, saya akan makan semua coklat yang ada. Hahaha!


Selepas kejadian gempa bumi yang melanda bandar ini, para penduduknya mula meninggalkan bandar setelah amaran tsunami dikeluarkan. Beberapa jam kemudian, Loji Janakuasa Daiichi, Fukushima pula meletup dan menyebabkan pencemaran radiasi.

Shopping di supermarket yang telah ditinggalkan sejak bencana Fukushima 2011

Banyak binatang liar yang masuk ke dalam ini mencari makanan. Difahamkan binatang-binatang itu ditinggalkan oleh pemiliknya sejak bencana Fukushima 2011

Banyak betul majalah xxx di kedai buku diorang kan? Hahaha!

Kedai buku

Listerine 2011

Kedai Video yang dikatakan banyak menyewakan video 'Hentai'

Kedai dobi yang ditinggalkan sejak Mac 2011. Penduduknya tergesa-gesa keluar sehingga tertinggal pakaian mereka. Saya banyak menemui syilling 100 yen di sini.

Masa terhenti di Okuma, Futaba dan Namie pada Mac 2011

Lagi supermarket di Namie, York Benimaru

Majalah keluaran Mac 2011

Stesen kereta api Namie

Runtuhan akibat gempa bumi

Bar yang ditinggalkan di Namie

Kedai CD. Siapa la yang berminat dengan CD lagi sekarang? Banyak koleksi limited edition di kedai ini.

Kereta yang ditinggalkan di ruangan parking sejak 2011

Salah satu laluan (masuk) di bandar Okuma di tutup

Kedai serbaneka yang ditinggalkan

Sisa radiasi boleh ditemui di mana-mana di kawasan ini

Di Tomioka

Bandar berhantu di Fukushima

Kedai kasut

Bangunan runtuh akibat gempa bumi

Rumah yang ditinggalkan di Zon Kuning

PS2 yang masih belum dibuka dari kotaknya.

Meskipun telah lama ditinggalkan, namun lampu isyaratnya masih berfungsi

Kedai bunga, banyak bau bunga mati di sini

100 meter dari loji janakuasa Daiichi Fukushima yang meletup 2011.

Tahap radiasi masih tinggi di zon merah. Tidak ramai orang yang melihat bandar ini sejak lima tahun yang lalu. Ia seperti sudah hilang. Namun saya masih dapat menemui makanan, duit, emas, laptop dan beberapa barangan berharga di zon merah. 

Saya kagum, meskipun telah dilanda bencana yang tidak diingini, bandar ini masih mempunyai barang berharga. Tidak seperti Chernobyl di mana seluruh kedai dan bangunannya telah dirompak licin habis. Inilah bezanya bencana Chernobyl dengan bencana Fukushima. 

Tidak dinafikan juga, inilah kesan buruk dari menggunakan tenaga nuklear. Kehidupan penduduk di Fukushima tidak lagi seperti dulu. Kebocoran radiasi di zon merah oleh loji janakuasa Daiichi, Fukushima ini telah merosakkan alam sekitar dan kehidupan laut di Lautan Pasifik. Oleh itu, katakan tidak kepada penggunaan Tenaga Nuklear. 

Saya pergi ke bandar-bandar ini dengan Koji Hori dan terima kasih yang tidak terhingga pada Sherena Ng di atas bantuannya. Saya tidak mungkin dapat menemui bandar- ini tanpa peta dan laluan yang diberikan olehnya. - Keow Wee Loong |

Tiada ulasan:
Write ulasan