Isnin, 18 Julai 2016

Lebih Baik Tak Berjumpa, Tunggu Pembincangan Keluarga - Isey

Kuala Lumpur: Pelakon, pelawak dan penyampai radio Hot FM, Isey Fazlisham mengakui berlaku pergolakan dalam rumah tangganya sejak tiga bulan lalu.

Isey, 29, berkata, dia kini dalam proses perbincangan dengan keluarga berhubung masalah yang berlaku dengan isterinya, Syuhadaa Syafiqqa Abdul Rashid, 24.
"Saya tidak menafikan rumah tangga kini berdepan masalah. Buat masa sekarang kedua-dua belah keluarga dalam proses perbincangan untuk menyelesaikan masalah. Jadi belum ada sebarang keputusan diambil sama ada untuk terus bersama atau berpisah.
"Dalam perkara ini saya tidak mahu menyalahkan mana-mana pihak. Apa pun, saya sentiasa mengharapkan yang terbaik dalam hubungan ini," katanya kepada Harian Metro.
Isey yang juga anggota kumpulan Titan memaklumkan dia dan isterinya juga tidak meraikan Aidilfitri bersama-sama, baru-baru ini.
"Dalam keadaan sekarang adalah lebih jika tidak berjumpa bagi mengelakkan sebarang ketegangan. Saya tidak mahu mengambil keputusan melulu. Tunggu hasil perbincangan keluarga nanti," katanya.
Isey yang juga pengacara program Mentor Milenia turut menafikan kehadiran orang ketiga sebagai punca masalah berkenaan.
Ketika ini, isteri Isey berada di Kelantan kerana mengendalikan perniagaan di sana.
"Saya bukan mahu membuka pekung di dada, sebaliknya saya tidak mahu peminat atau sesiapa saja tertanya-tanya. Kalau bukan sekarang, esok lusa pasti perkara ini diketahui umum.
"Lagipun di laman Instagram kami sudah lama tidak ada gambar bersama. Tentu saja orang boleh membuat pelbagai spekulasi," katanya.
Mereka berkahwin pada 19 Mac tahun lalu dan belum dikurniakan cahaya mata.

Tiada ulasan:
Write ulasan