Ahad, 31 Julai 2016

Lana Nodin Kongsi Gambar Anak Dengan Peminat

PELAKON Lana Nodin yang kini merantau ke California, Amerika Syarikat sudi berkongsikan wajah terbaharu cahaya mata sulungnya, Gia Quinn McKienzie buat tatapan peminatnya di sini.

Lana memuat naik foto mereka sekeluarga berpakaian serba pink pada sambutan 1 Syawal lalu menerusi laman Instagramnya, hari ini.
Aktres itu bernikah dengan jejaka dari Amerika Syarikat, David atau Mohd Daud McKienzie pada tanggal 15 Mei tahun lalu.

Lana meninggalkan kerjaya seninya demi berada di sisi suami yang bergiat aktif dalam bidang sukan bola tampar. 

Tiada ulasan:
Write ulasan